Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pasukan Guam sudah tiba untuk kejohanan Tenpin
  • SEMASA
  • SUKAN

Pasukan Guam sudah tiba untuk kejohanan Tenpin

Utusan Sarawak 2 years ago

Naib Presiden ABAS, Robert Lu Nam Min mengalu-alukan kedatangan pasukan Guam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Dom Barrett, pemenang tiga mahkota kelapan dalam PBA di Megalanes Sarawak pada 22 hingga 26 November ini di Kejohanan Tenpin Boling Terbuka Antarabangsa Sarawak 2022. Beliau juga memenangi Cabaran Euro Brunswick di Munich, Jerman untuk gelaran EBT yang ke-14.
Mahu melihat Syaidatul Afifah dan Nora Lyana Nastasia beraksi? Jangan lupa melawat Megalanes Sarawak pada 22 hingga 26 November ini untuk Kejohanan Tenpin Boling Terbuka Antarabangsa Sarawak 2022.
Pasukan Guam sudah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching semalam bagi menyertai Kejohanan Tenpin Boling Terbuka Antarabangsa Sarawak 2022.

KUCHING: Pasukan Guam sudah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching semalam bagi menyertai Kejohanan Tenpin Boling Terbuka Antarabangsa Sarawak 2022. 

Kejohanan itu dianjur Persatuan Boling Amatur Sarawak (ABAS), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Persembahan Seni Sarawak (MTCP) dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED).

Kejohanan ini terdiri daripada kategori terbuka, berkelas, senior dan remaja dan dijangka sekitar 600 penyertaan. 

Jemputan untuk menyertai kejohanan ini telah dihantar ke 22 negara iaitu Australia, Bahrain, Brunei, China, China Taipei, Guam, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Kuwait, Nee Zealand, Oman, Filipina, Poland, Singapura, Korea Selatan, Thailand, Emiriah Arab Bersatu (UAE), United Kingdom, Amerika Syarikat (AS) dan Vietnam.

Antara  yang sudah mengesahkan penyertaan mereka ialah United Kingdom, Akademi Singapura, Singapore Senior Bowlers, Australia, Ireland, Guam dan Thailand. 

Jumlah yang telah mendaftar ialah lebih 150 peserta tempatan manakala lebih 60 peserta antarabangsa.

Dalam pada itu, negeri yang turut serta ialah Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Johor, Melaka, Kuala Lumpur, Sabah dan Pahang. 

Semua pasukan kebangsaan turut serta kecuali lapan atlet yang mengambil bahagian dalam Piala Dunia di Australia.

Kira-kira 24 atlet dari pasukan kebangsaan Malaysia yang terdiri daripada remaja dan skuad pelapis disahkan menyertai kejohanan ini.

Continue Reading

Previous: DUN: Ekonomi digital pemacu ekonomiĀ 
Next: DUN: Projek prasarana luar bandar diperhebat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.