Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pasukan bergerak Outreach pergiat usaha pemvaksinan
  • TEMPATAN

Pasukan bergerak Outreach pergiat usaha pemvaksinan

Utusan Sarawak 4 years ago
TAK SAKIT…warga emas sedang menerima divaksin di rumahnya.

Lebih 12 ribu penduduk yang layak untuk menerima suntikan vaksin di Daerah Dalat telah mendaftar setakat hari Ahad.

Setakat 4 Julai, ujar Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah, seramai 12,802 telah mendaftar.

“Saya difahamkan setakat hari Ahad (4 Julai) seramai 12,802 penduduk daerah sudah mendaftar. Dan angka ini menunjukkan pertambahan seramai 1,334 jika dibanding sebelum ini,” katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa jumlah yang telah divaksinasi dengan dos pertama adalah seramai 9477 orang (74.1 peratus), dan  dos kedua adalah seramai 1828 orang (14.3%).

Ahli Dewan Undangan Negeri Dalat ( ADUN N.56 Dalat) itu berkata demikian ketika mengikuti Program Vaksinasi Outreach Daerah Dalat ke Kampung Klid dan Kpg Narub pada hari Ahad.

“Untuk Kampung Klid pada hari ini atau 4 Julai, terdapat seramai 122 orang divaksinasi, termasuk dua orang kurang upaya(OKU) dan Kampung Narub 90 orang termasuk seorang OKU,” tambah beliau lagi.

Fatimah juga mendedahkan bahawa program Outreach itu akan ke Nanga Baoh pada 8 Julai dan dijadual melibatkan seramai 225 penduduk di 10 buah rumah panjang di sana akan menerima suntikan vaksin.

Pada 25  dan 26 Jun lalu, program  Outreach  telah ke  Ulu Baoh  yang menyaksikan seramai 503 orang dari 15 Rumah Panjang telah divaksinasi.

 “Program Outreach adalah untuk memastikan rakyat di kawasan yang sukar diakses tidak tercicir daripada divaksinasi. Contohnya, di  Kpg Klid dan Kpg Narub yang hanya dapat diakses menggunakan jalan sungai.  Jarak Kpg Klid dari pekan Dalat adalah 11.5 kilometer  dan  mengambil masa 45 minit mengguna   bot enjin sangkut  250 kuasa kudanya  (horsepower).  Melalui Outreach ini, seramai 212 orang  atau 100%  penduduk dua buah kampung ini telah divaksinasikan,” tambah Fatimah.

Beliau menambah Outreach Program  telah memberi keselesaan kerana  menjimatkan kos pengangkutan yang perlu ditanggtung jika mereka pergi terus ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV Daerah Dalat) yang berlokasi di Stadium Perpaduan di Dalat.

“Dengan mengadakan Program Vaksinasi Outreach, mobile team (pasukan bergerak) peratusan tidak hadir untuk divaksinasi dapat kita atasi. Lebih-lebih lagi di kawasan yang agak jauh, seperti di Kampung Narub dan Klid yang  terpaksa menggunakan jalan sungai dan melibatkan kos tinggi bagi penduduk untuk divaksinasi. Lagipun, di kawasan yang sukar capaian internetnya, penduduk tidak dapat mendaftar dalam MySejahtera. Mereka ini didaftarkan secara manual, iaitu JKJAV (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses bekalan Vaksin Covid-19), melalui Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK),” kata beliau lagi.

Difahamkan  bagi yang OKU (mental) dan OKU (fizikal),   pasukan Outreach ini  juga akan pergi terus ke rumah masing-masing untuk menjalankan pemvaksinasian ini

“Saya  ingin mengucapkan tahniah kepada Pasukan Mobile ini yang diketuai oleh Pegawai Daerah Dalat, Kueh Lei Poh, selaku Pengerusi Bencana Peringkat Daerah Dalat, Dr. Nor  Shahida  Abu Hanifah dari Klinik Kesihatan Dalat, dan juga kepada KMKK yang bekerjasama  mengumpul penduduk sehingga prosesnya berjalan dengan lancar,” kata Fatimah, dengan harapan semua yang layak di kawasan akan menerima suntikan vaksin seperti dijangkakan.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Penduduk Stalun terima suntikan vaksin
Next: SARAWAK MASUK PPN 2

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.