RASMI… Norlila Haji Ulis menurunkan fi shtail ekspo pendidikan Marudi di Dewan Suarah Marudi.
INISIATIF Yayasan Sarawak menganjurkan program promosi pendidikan merupakan satu usaha untuk memastikan semua pelajar khususnya lepasan SPM dan STPM mendapat maklumat terkini mengenai peluang pendidikan yang ada di Sarawak.
Pemangku Pegawai Daerah Marudi, Norlila Ulis berkata kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak telah pun menubuhkan institusi pengajian tinggi dan institusi kemahiran di Sarawak.
Katanya penubuhan institusi-institusi tersebut merupakan satu usaha supaya anak-anak Sarawak berupaya untuk melanjutkan pelajaran masing-masing baik pembelajaran bercorak akademik mahupun kemahiran.
Dalam masa yang sama Norlila menegaskan beliau telah dimaklumkan bahawa pelajar Sarawak yang berupaya melanjutkan pelajaran ke institusi berkenaan juga mendapat penajaan Yayasan Sarawak, asalnya memenuhi kriteria yang diperlukan.
Ujarnya ini bermakna masalah kewangan bukanlah menjadi isu utama untuk meningkatkan diri kita, katanya ketika menyampaikan ucapan di majlis perasmian Ekspo Pendidikan Marudi di dewan Suarah Marudi baru-baru ini.
MAMPU JADI LANDASAN
Oleh sebab itu ujarnya ekspo pendidikan ini mampu menjadi landasan untuk ibu bapa mendapatkan maklumat terkini mengenai kursus-kursus dan bidang pengajian yang ditawarkan melalui pembabitan institusi berkenaan.
Bagi pelajar yang bakal menduduki SPM atau SPM, gunakanlah peluang ini untuk mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada wakil-wakil institusi yang turut hadir dalam ekspo pendidikan Marudi ini.
Katanya maklumt berkenaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar untuk membuat perancangan untuk masa depan masing-masing.
Dalam masa yang sama Norlila menegaskan bahawa ekspo pendidikan Marudi membolehkan pelajar membuat sasaran untuk meningkatkan pencapaian akademik supaya mampu mengambil kursus yang menjadi sasaran atau idaman.
Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar yang telah menunjukkan kejayaan dalam peperiksaan SPM 2021 yang baharu saja diumumkan.
BUAT PILIHAN BIDANG KERJAYA
Ujarnya semoga kejayaan yang diperoleh membolehkan pelajar membuat pilihan bidang kerjaya yang dihasratkan sesuai dengan pencapaian masing-masing.
Katanya beliau yakin pelajar telahpun membuat keputusan yang tepat untuk mengambil kursus yang sesuai dengan minat dan kelayakan yang ada.
Ujarnya kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak masa kini komited untuk memastikan Sarawak kekal di landasan menjadi negeri maju menjelang 2030.
Jenny Usan Jok seorang guru dari SK Good Shepherd Marudi ketika ditemubual menyambut baik ekspo pendidikan Marudi di mana menurut Jenny ekspo ini sangat memanfaat kepada semua pihak terutama kepada warga pendidikan, guru, ibubapa dan pelajar.
BERI PELUANG UTAMA KEPADA PELAJAR
Katanya dengan adanya program ini memberi peluang terutama kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM kerana mereka boleh didedahkan secara meluas tentang pendidikan dan masa depan.
Malah tegasnya ekspo ini juga dapat menyediakan kepada guru-guru atau pelajar-pelajar tahu apa yang patut dibuat dan mereka boleh bertanya secara terus kepada kakitangan di kaunter institusi pengajian tempatan atau swasta yang turut hadir di ekspo pendidikan itu.
Katanya program ini sangat baik kepada ibu bapa dan pelajar dan dengan adanya kaunter institusi pendidikan baik tempatan atau swasta memudahkan lagi untuk mereka mendapatkan maklumat untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajaian tinggi yang mereka pilih.
Program ini amat tepat sekali diadakan memandangkan banyak sekolah di daerah ini di kawasan pedalaman, kata seorang guru dari SJK Hua Nam, Tiong Sing Yee.
SUKAR DAPATKAN MAKLUMAT
Katanya beliau yang mengajar di sekolah pedalaman mengakui pelajar-pelajar di sekolah pedalaman sukar untuk mendapatkan maklumat pendidikan.
Menurut Tiong sekolah yang tempatnya mengajar sukar untuk mendapatkan jaringan internet dan kalau ada ekspo pendididk sebegini memudakan ibubapa untuk mendapatkan maklumat pendidikan seperti untuk melanjutkan pelajaran anak-anak ke institusi pendidkan yang lebih tinggi.
Malah katanya ekspo pendidikan ini boleh membantu ibubapa membuat pilihan untuk anak-anak dengan adanya kaunter-kaunter institusi pengajian tempatan dan swasta sebagai rujukan.
Oleh JIKU JUGUONG