Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pasaran saham Asia merudum susulan tindakan tarif Trump
  • BISNES

Pasaran saham Asia merudum susulan tindakan tarif Trump

Utusan Sarawak 1 month ago
SEORANG lelaki melihat papan elektronik yang menunjukkan harga dagangan tukaran asing yen Jepun berbanding dolar AS di sebuah jalan di Tokyo pada 7 April 2025. Indeks saham Nikkei Jepun menjunam lebih jauh pada 7 April, apabila niaga hadapan AS menunjukkan kerugian tambahan di Wall Street berikutan tindakan tarif Presiden Donald Trump. Foto AFP

TOKYO: Pasaran saham Asia merudum selepas dibuka pada Isnin, berikutan impak tarif yang diperkenalkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Setakat 02:11 GMT, indeks Nikkei 225 turun 6.04 peratus kepada 31,740, pulih daripada kejatuhan awal kepada paras terendah 18 bulan iaitu 30,629.50.

Disebabkan turun naik harga yang mendadak, Bursa Saham Osaka mengenakan sekatan sementara ke atas dagangan niaga hadapan sekuriti kerajaan.

Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 9.38 peratus kepada 20,740, manakala Indeks Komposit SSE Shanghai jatuh 6.04 peratus kepada 3,140.11.

Penganalisis mengaitkan kejatuhan indeks tersebut dengan pengenalan tarif oleh AS serta tarif balasan oleh China. Trump juga menandatangani perintah untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import kereta penumpang, trak ringan dan alat ganti kereta mulai 3 April, dengan menyatakan langkah itu perlu untuk melindungi “keselamatan negara.” – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Tarif AS: Malaysia, negara ASEAN perlu wujud kesepakatan
Next: Kerajaan sedang laksana langkah kukuh atasi kesan tarif AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.