Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pasaran getah ditutup tinggi kebanyakannya
  • BISNES

Pasaran getah ditutup tinggi kebanyakannya

Utusan Sarawak 5 years ago
PENURUNAN ringgit berbanding dolar AS telah menyokong harga getah tempatan.

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi kebanyakannya semalam walaupun pasaran niaga hadapan getah serantau mengalami aliran rendah selain harga minyak mentah susut, kata peniaga.

Bagaimanapun, penurunan ringgit berbanding dolar AS telah menyokong harga getah tempatan.

“Harga minyak mentah terus susut pada Jumaat selepas turun secara ketara pada sesi sebelum ini dan mencatatkan prestasi suram mingguan berikutan kebimbangan sekiranya perintah berkurung dilaksanakan semula disebabkan peningkatan kes Covid-19 di Amerika Syarikat dan tempat lain akan memberi tekanan ke atas permintaan bahan api,” katanya kepada Bernama.

Sementara, ringgit susut berbanding dolar AS kepada 4.2650 setakat 5.00 petang semalam daripada 4.2600 ketika ditutup semalam.

Pada 12.00 tengah hari semalam, harga rujukan bagi getah fizikal Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk gred tayar SMR 20 meningkat 3.0 sen kepada 500.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal menokok 0.5 sen kepada 468.5 sen sekilogram.

Pada 5.00 petang semalam, harga rujukan getah fizikal LGM bagi SMR 20 tidak berubah pada 498.5 sen sekilogram dan susu getah pukal turun 3.5 sen kepada 466.0 sen sekilogram. – Bernama

Continue Reading

Previous: KPJ dijangka catat pemulihan secara berperingkat
Next: Tarik pelabur berteknologi tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.