Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pasaran getah ditutup lebih tinggi
  • BISNES

Pasaran getah ditutup lebih tinggi

Utusan Sarawak 5 years ago
“Peladang dan penanam sewajarnya menghasilkan tuaian yang mencukupi bagi memenuhi permintaan baharu ini kerana fokus akan diberikan kepada SMR 20 dan lateks pukal. Presiden MARGMA, Denis Low”

KUALA LUMPUR: Pasaran Getah Malaysia dijangka akan didagangkan lebih tinggi pada minggu ini, kata Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).

Presiden MARGMA, Denis Low berkata, pasaran getah akan menerima lebih banyak permintaan dalam minggu ini berikutan peningkatan dalam penggunaan.

“Banyak industri sedang bersiap sedia untuk dibuka kembali dan ada yang sudah beroperasi.

“Ini akan mendorong permintaan untuk getah pada masa hadapan.

“Peladang dan penanam sewajarnya menghasilkan tuaian yang mencukupi bagi memenuhi permintaan baharu ini kerana fokus akan diberikan kepada SMR 20 dan lateks pukal,” katanya kepada Bernama pada 29 Ogos 2020.

Indeks Pengurus Pembelian (IPP) rasmi China yang akan datang untuk Ogos dijangka akan menjadi tumpuan utama minggu ini.

Untuk minggu yang baru berakhir, pasaran getah telah diniagakan kebanyakannya lebih tinggi.

Dari Jumaat ke Jumaat, pada 12.00 tengah hari, harga rujukan fizikal Lembaga Getah Malaysia (MRB) untuk gred tayar SMR 20 meningkat 13.5 sen kepada 556 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik satu sen kepada 471 sen sekilogram.

Pada 5.00 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 menokok 18 sen kepada 557.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal menambah tiga sen kepada 471 sen sekilogram.

Pasaran getah Kuala Lumpur akan ditutup pada 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kebangsaan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Niaga hadapan emas dijangka kekal lengang
Next: Niaga hadapan MSM dijangka didagangkan dalam jajaran kecil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.