Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pasaran getah ditutup kukuh
  • BISNES

Pasaran getah ditutup kukuh

Utusan Sarawak 5 years ago

latex flowing from rubber tree

PASARAN DITUTUP KUKUH… Harga rujukan bagi getah fizikal Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk gred tayar SMR 20 meningkat 8.0 sen kepada 555.5 sen sekilogram sementara susu getah pukal menambah 4.0 sen kepada 489.5 sen sekilogram.

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia meningkat daripada penurunan semalam untuk ditutup kukuh selepas Majlis Getah Tiga Pihak Antarabangsa (ITRC) menjangkakan pengeluaran getah asli susut bagi baki tempoh tahun ini dan sehingga awal 2021.

Peniaga berkata, kenaikan juga didorong oleh kelemahan ringgit berbanding dolar AS, yang menjadikan harga getah tempatan lebih menarik bagi peniaga antarabangsa.

“Bagaimanapun, kenaikan seterusnya diimbangi oleh penurunan penanda aras harga minyak mentah.

“Selain itu, peserta pasaran juga bimbang mengenai kelembapan ekonomi dunia ekoran peningkatan kembali kes Covid-19 di seluruh dunia yang menyebabkan negara-negara melaksanakan sekatan perjalanan baru, terutama di Eropah,” katanya.

Pada 5.00 petang, ringgit susut kepada 4.1650 berbanding dolar AS daripada 4.1520/1570 ketika ditutup pada Rabu manakala penanda aras harga minyak mentah Brent turun 0.77 peratus kepada US$41.45 setong.

Dalam kenyataan baru-baru ini, negara anggota ITRC, iaitu Thailand, Indonesia dan Malaysia, berkata kemerosotan itu berikutan cuaca yang tidak menentu, aktiviti menoreh getah yang berkurangan disebabkan pandemik Covid-19 dan penyakit luruhan daun pestalotiopsis.

Ia juga menjangkakan bekalan getah asli terus dikekang oleh kekurangan penoreh getah di Thailand dan Malaysia selain musim hujan di Sumatera Selatan.

Harga rujukan bagi getah fizikal Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk gred tayar SMR 20 meningkat 8.0 sen kepada 555.5 sen sekilogram sementara susu getah pukal menambah 4.0 sen kepada 489.5 sen sekilogram.

Pada 5.00 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk SMR 20 naik 11.5 sen kepada 562.5 sen sekilogram sementara susu getah pukal meningkat 5.0 sen pada 492.5 sen sekilogram.- Bernama

Continue Reading

Previous: Sarawak berpotensi untuk pengeluaran hub baharu nanas
Next: Niaga hadapan MSM ditutup rendah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.