Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pasaran getah ditutup bercampur-campur
  • BISNES

Pasaran getah ditutup bercampur-campur

Utusan Sarawak 2 years ago

Pada 5.00 petang, harga penutup LGM bagi SMR 20 berada pada 611 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 552.5 sen sekilogram.

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia meneruskan aliran semalam untuk ditutup bercampur-campur hari ini seiring dengan prospek kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi pada Mac, kata seorang peniaga.

Beliau berkata menurut Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell, Fed berkemungkinan akan menaikkan kadar faedah lebih tinggi daripada jangkaan pasaran berikutan data yang kukuh baru-baru ini untuk memastikan aliran penurunan inflasi yang berterusan.

“Niaga hadapan getah Jepun merosot pada Rabu, dipengaruhi oleh prestasi lemah di pasaran saham domestik apabila prospek kenaikan kadar AS yang lebih agresif mengurangkan minat risiko,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata penurunan selanjutnya dikekang oleh kenaikan harga minyak dan ringgit yang lemah berbanding dolar AS.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi SMR 20 turun 2.5 sen kepada 610.5 sen sekilogram manakala lateks pukal tidak berubah pada 552 sen sekilogram.

Pada 5.00 petang, harga penutup LGM bagi SMR 20 berada pada 611 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 552.5 sen sekilogram. – Bernama

Continue Reading

Previous: Hong Leong AM umum agihan pendapatan RM373 juta untuk 22 dana
Next: Indeks harga seunit simen, besi masing-masing naik 1.9 peratus, 1.5 peratus – DOSM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.