Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pasaran getah dijangka tidak menentu, trend menurun sedikit minggu depan
  • BISNES

Pasaran getah dijangka tidak menentu, trend menurun sedikit minggu depan

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMABR hiasan.

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka kekal tidak menentu pada minggu depan, dengan sedikit penurunan disebabkan ketidaktentuan global yang berterusan, kata pakar industri Denis Low.

Beliau berkata jangkaan itu dipengaruhi oleh perkembangan di Asia Barat dan keadaan cuaca yang tidak menentu di kawasan utama pengeluar getah.

Low berkata taburan hujan lebat di beberapa kawasan pengeluaran berkemungkinan besar menjejaskan aktiviti penorehan susu getah, sekali gus memberi tekanan kepada pengeluaran dan produktiviti getah.

“Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan hujan tambahan di kawasan utara Thailand, dengan hujan lebat sehingga sangat lebat dijangka berlaku di kawasan hulu Utara, hulu Timur Laut, Timur dan di sepanjang pantai barat Selatan.

“Terdapat juga laporan Pihak Berkuasa Getah Thailand merancang untuk menjual sejumlah besar stok simpanan getah.

“Walaupun ada pendapat yang membayangkan penjualan itu tidak akan menjejaskan harga, jumlah yang cukup besar masih boleh memberikan sedikit tekanan kepada pasaran,” katanya.

Low menjangkakan sentimen pasaran akan kekal berhati-hati di tengah-tengah konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran, walaupun harapan terhadap kemungkinan perjanjian damai baru-baru ini telah memberikan sedikit sokongan kepada keyakinan pelabur.

Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) susut 8.5 sen kepada 928.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal meningkat 19.0 sen kepada 781.00 sen sekilogram. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Dagangan bursa Malaysia dijangka dalam julat kecil minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.