
KUCHING: Penganjuran Pasar Tani Organik Kuching (Kuching Natural Farmer’s Market) Edisi ke-37 berlangsung di tempat letak kereta berbumbung Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pagi ini, bermula 7.30 hingga 11.00 pagi.
Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, turut hadir bagi menyokong penganjuran tersebut yang memberi peluang kepada usahawan dan petani tempatan memasarkan hasil segar dan produk semula jadi terus kepada orang ramai.

Program yang dianjurkan secara berkala itu bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat selain memperkukuh sokongan masyarakat terhadap produk komuniti setempat.
Pasar Tani Organik Kuching kini menjadi salah satu tarikan hujung minggu di Kuching kerana menawarkan pelbagai hasil tani segar, makanan berasaskan pertanian dan produk mesra alam daripada pengusaha tempatan.
