
(FILES) In this file photo taken on February 16, 2020 Newcastle United's English head coach Steve Bruce gestures on the touchline during the English Premier League football match between Arsenal and Newcastle United at the Emirates Stadium in London. - Newcastle manager Steve Bruce warned his squad could "fall down like a pack of cards" with injuries if they are not given enough preparation time to get back up to speed before matches restart, he told the Sunday Telegraph, May 17. (Photo by Ian KINGTON / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE. No use with unauthorized audio, video, data, fixture lists, club/league logos or 'live' services. Online in-match use limited to 120 images. An additional 40 images may be used in extra time. No video emulation. Social media in-match use limited to 120 images. An additional 40 images may be used in extra time. No use in betting publications, games or single club/league/player publications. /

PENGURUS Newcastle, Steve Bruce percaya pergi ke pasar raya atau stesen minyak boleh menimbulkan risiko Covid-19 lebih besar daripada kembali ke bola sepak memandangkan langkah-langkah ketat yang dilakukan untuk melindungi pemain.
Namun, Bruce memberi amaran bahawa skuadnya boleh “jatuh seperti sebungkus kad” dengan mengalami kecederaan jika mereka tidak diberi masa persiapan yang cukup untuk kembali cergas sepenuhnya sebelum perlawanan dimulakan semula.
Kerajaan UK memberi lampu hijau untuk sukan diadakan tanpa penonton mulai 1 Jun minggu ini.
Kali terakhir Newcastle bermain ialah pada 7 Mac dan Bruce yakin pemainnya tidak akan cergas untuk kembali sehingga akhir bulan Jun.
Liga Perdana Inggeris dilaporkan berharap untuk memulakan semula musim pada 12 Jun.
“Anda harus ingat bahawa mereka mempunyai cuti lapan minggu dan itu mungkin merupakan rehat terpanjang yang dimiliki beberapa pemain ini dalam karier mereka,” katanya kepada Sunday Telegraph.
“Sekiranya kami melakukan pramusim, kami akan mempunyai enam minggu dan mungkin mempunyai enam perlawanan persahabatan untuk mempersiapkan mereka untuk pertandingan liga pertama.
“Kami memerlukan persiapan yang cukup untuk membuat pemain ini cergas sepenuhnya atau mereka akan jatuh seperti sebungkus kad.
“Sebilangan besar pengurus mempunyai masalah yang sama. Kami memerlukan sekurang-kurangnya enam minggu. Saya tidak melihat bagaimana kami boleh bermain sehingga akhir bulan Jun.”
“Sudah tentu, langkah-langkah yang dilakukan, anda mungkin lebih berisiko pergi ke pasar raya atau memasukkan petrol ke dalam kereta anda,” tambah Bruce.
“Kami berada dalam kedudukan yang beruntung, kami dapat diuji setiap tiga hari.
“Kami akan diuji pada hari Ahad, setiap pemain dan setiap anggota kakitangan. Setelah kami mendapat keputusannyanya, jika semua orang baik-baik saja, kami akan memulakan latihan lagi pada pukul 2 petang pada hari Rabu petang.” – AFP