Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Pasar raya Jalan Batu 10 nyaris terbakar, tindakan pantas pekerja selamatkan keadaan
  • KEBAKARAN

Pasar raya Jalan Batu 10 nyaris terbakar, tindakan pantas pekerja selamatkan keadaan

Utusan Sarawak 8 hours ago
KEADAAN dalam pasar raya selepas api berjaya dikawal hasil tindakan pantas pekerja menggunakan alat pemadam api. Foto BBP Siburan

KUCHING: Pasar raya di Jalan Batu 10 berdepan detik cemas apabila rak penjualan terbakar dalam satu insiden hari ini. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.33 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan bersama BBP Kota Sentosa dikerahkan ke lokasi.

Setibanya di tempat kejadian, kebakaran didapati hanya melibatkan rak jualan di dalam premis berkenaan. 

Bagaimanapun, tindakan pantas pekerja pasar raya menggunakan alat pemadam api berjaya mengawal api sebelum ia merebak.

KEBAKARAN….Anggota bomba melakukan pemeriksaan di dalam premis bagi memastikan kebakaran benar-benar dipadam sepenuhnya. Foto BBP Siburan

Pasukan bomba kemudian melakukan kerja-kerja baik pulih menyeluruh dengan bantuan hos untuk memastikan tiada lagi sisa api yang boleh mengundang bahaya. 

Komander operasi, PBK I Saiful Ismail mengesahkan keadaan selamat sepenuhnya sebelum operasi ditamatkan.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut hasil daripada tindakan pantas pekerja serta kecekapan pasukan bomba memastikan kebakaran terkawal.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Dua pekerja berdepan detik cemas, lori terbakar di Selangau-Tatau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.