Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pasangan Brendan, Rezza muncul juara
  • SUKAN

Pasangan Brendan, Rezza muncul juara

Utusan Sarawak 3 years ago

PASANGAN Brendan Ong dan Rezza Syahputera  muncul juara Pertandingan Badminton yang berakhir pada Ahad lalu.

Mereka muncul beregu terbaik bagi Kategori A perlawanan yang telah  berlangsung di Dewan Masyarakat Kampung Petanak

Dengan kemenangan tersebut pasangan muda ini membawa pulang hadiah wang tunai RM200,  piala serta hamper.

Naib johan jatuh kepada beregu Mohd Ikhmal dan Mohd Hassrin Hussain, dengan tempat ketiga, Zharif Zaini dan Nur Amirul Safri untuk masing-masing menerima  RM150, RM100 beserta Piala dan hamper.

Sementara gandingan  Jasni Rosli dan Zharif Zaini yang muncul juara Bagi kategori B Vateran/Senior Campuran Belia membolot  hadiah RM200, piala dan hamper.

Pasangan Naim Tahir/Taibi Rosli dan Brendan Ong/Mohd Hazrye muncul tempat kedua dan ketiga yang  menyaksikan masing-masing memenangi RM150, RM100,  Piala dan hamper.

Kejohanan Badminton Tertutup Kampung Petanak ini adalah anjuran Kelab Anak Dagang Mukah dengan Kerjasama Pertubuhan Belia Parlimen Mukah, Skuad Anti Dadah Daerah Mukah, Dewan Masyarakat Kampung Petanak dan Kelab Belia Petanak.

Sementara itu Anugerah Khas sumbangan BAKTI turut disampaikan kepada Ramli Amat dan Wyearon Paul.

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Setiausaha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tellian Kaunselar (Kr) Jay  Keram.

Turut hadir Pemanca Mohamad Jali  Kawi , Penghulu  Edmund Innu  Sebli, Ketua Kaum Kuheng  Akup, KK Petanak Hulu, Fellynora  Joseph Na Pegawai AADK Daerah Mukah,  Wahid  Udin Pengerusi KRT Petanak Jaya ,  dan Zaidin  Saimie, Pengerusi Dewan Masyarakat Kampung Petanak.

Continue Reading

Previous: FIFA, UEFA singkirkan Rusia
Next: Elah berbalah, berjuang demi negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.