Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Parlimen: Murid Bumiputera di SJKC meningkat hampir sekali ganda dalam tempoh 10 tahun – KPM
  • NASIONAL

Parlimen: Murid Bumiputera di SJKC meningkat hampir sekali ganda dalam tempoh 10 tahun – KPM

Utusan Sarawak 10 months ago

KUALA LUMPUR: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menyaksikan peningkatan kemasukan murid Bumiputera hampir sekali ganda dalam tempoh 10 tahun daripada 11.67 peratus pada 2014, kepada 18.52 peratus tahun ini, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam jawapan bertulis di laman Parlimen, menyatakan kemasukan murid bukan Bumiputera di SJKC pula menunjukkan penurunan bagi tempoh sama daripada 88.33 peratus kepada 81.48 peratus.

Trend sama direkodkan bagi kemasukan murid bukan Bumiputera di Sekolah Kebangsaan (SK) yang menurun daripada 6.19 peratus pada 2014 kepada 4.88 peratus pada 2024, manakala kemasukan murid Bumiputera ke sekolah berkenaan untuk tempoh sama meningkat daripada 93.81 peratus kepada 95.12 peratus.

“Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), terdapat peningkatan enrolmen murid Bumiputera daripada 0.38 peratus pada 2014 kepada 0.49 peratus tahun ini, dan kadar murid bukan Bumiputera di SJKT adalah sekitar 99 peratus untuk tempoh sama,” menurut KPM.

Selain itu KPM memaklumkan sehingga 31 Mei tahun ini, jumlah murid di sekolah antarabangsa adalah seramai 88,951 orang dengan 29,225 atau 32.9 peratus daripadanya bukan warganegara, manakala 59,726 (67.1 peratus) adalah warganegara, merangkumi 19.9 peratus Bumiputera dan 80.1 peratus bukan Bumiputera.

KPM berkata, kemasukan murid warganegara ke sekolah antarabangsa turut merekodkan peningkatan 34 peratus dari tahun 2019 ke 2024, dan dalam tempoh itu enrolmen murid Bumiputera turut meningkat 49.4 peratus dan murid bukan Bumiputera meningkat 30.6 peratus. 

Kenyataan itu dikemukakan bagi menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Raub) yang ingin tahu statistik bilangan dan peratusan pelajar di sekolah-sekolah berkenaan. – Bernama

Continue Reading

Previous: PERKESO lancar Ops Kesan ke-15
Next: KPM jamin tiada data murid tercicir bagi kemasukan ke universiti – Fadhlina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.