Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • SEMASA

Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Utusan Sarawak 6 months ago

KUALA LUMPUR: Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) bertanyakan usaha memperkasakan Pesuruhjaya Bangunan (COB) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) menjadi badan yang berkesan memandangkan terlalu banyak masalah pengurusan perumahan terutama rumah pangsa kos rendah seperti kerosakan infrastruktur.

Beliau mengemukakan soalan itu kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sejurus mesyuarat Dewan Rakyat bermula pada 10.00 pagi.

Pada sesi sama, Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) meminta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan akan memperkenalkan polisi keluar (exit policy) kepada penghuni kuarters untuk menggalakkan penghuni terutama yang menetap melebihi 10 tahun memiliki rumah sendiri sekali gusmemberi peluang kepada penjawat awam baharu ditawarkan kuarters dan meringankan beban sewa.

Turut menarik perhatian, soalan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak) berhubung Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang merekodkan 12.3 peratus remaja berumur 15 hingga 17 tahun mendiami Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Klang mengalami masalah kesihatan mental dan cenderung membunuh diri.

Dr Wan Azizah meminta Menteri Pendidikan menyatakan tindakan dan langkah yang berkesan diambil mengatasi situasi itu pada sesi soal jawab lisan.

Usai sesi itu, persidangan diteruskan dengan sesi perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa oleh kementerian terlibat. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pelan hala tuju gas Sarawak pacu masa depan mampan – Julaihi
Next: Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.