Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Paras air mulai surut di Sarikei 
  • WILAYAH

Paras air mulai surut di Sarikei 

Utusan Sarawak 3 months ago

RONDAAN....Pemantauan MTL di empat lokasi oleh pihak bomba pada pagi tadi. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Paras air terkawal dan air sedang surut di empat lokasi rondaan pemantauan monsun timur laut (MTL) oleh pihak bomba di sini pagi tadi. 

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei Arrahman Chik, lokasi yang dipantau adalah Sungai Ruan di Ulu Sarikei, Rumah Tayan di Sungai Lepong, Sungai Kunang dan Jalan Bayong. 

“Pemantauan dijalankan pada 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. 

“Seramai tiga anggota bomba bertugas menjalankan pemantauan di lokasi-lokasi ini,” katanya ketika dihubungi. 

Tambahnya, cuaca baik semasa pihak bomba menjalankan pemantauan. 

“Trend air surut dan paras air masih dalam keadaan terkawal. 

“Tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan dijalankan,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: PPS di Muput ditutup
Next: Jalan utama di Daerah Matu ditenggelami air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.