Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Para SUKMA: Sarawak sasar 30 emas acara olahraga
  • SUKAN

Para SUKMA: Sarawak sasar 30 emas acara olahraga

Utusan Sarawak 9 months ago

PETRA JAYA: Kontinjen Sarawak menyasarkan 30 pingat emas dalam acara olahraga pada temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024, bermula 22 hingga 28 September depan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sasaran pingat emas pada acara tersebut penting kerana Sarawak menyasarkan sebanyak 83 pingat emas secara keseluruhan pada Para Sukma kali ini. 

“Oleh itu, olahraga memainkan peranan penting kerana banyak acara dipertandingkan.

“Jadi, kita mesti mendapatkan pingat sebanyak mungkin daripada olahraga. Sasaran kita ialah untuk mendapatkan 30 pingat emas,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat persediaan atlet olahraga Para Sukma di Stadium Sarawak di sini, hari ini. 

Mengulas lanjut, Dato Sri Fatimah memaklumkan bahawa atlet Para SUKMA Sarawak sudah mengadakan latihan berpusat sejak awal Ogos lalu namun terpaksa menggunakan venue lain kerana SUKMA sedang dijalankan. 

“Hari ini merupakan hari ketiga mereka berlatih di venue yang sebenar.

“Mereka mempunyai jadual latihan yang tetap iaitu enam hari seminggu dan akan berehat pada setiap Ahad.

“Pada Ahad, mereka boleh balik ke rumah terutamanya yang tinggal di kawasan berdekatan,” katanya. 

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang, ADUN Kota Sentosa Wilfred Yap Yau Sin dan ADUN Tanjung Batu, Johnny Pang.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Gambar

Dato Sri Fatimah Abdullah bersama tetamu kehormat yang lain ketika melawat persediaan atlet olahraga Para Sukma di Stadium Sarawak di Petra Jaya, hari ini. 

Continue Reading

Previous: Kar Gee terlepas gangsa Paralimpik Paris
Next: Liek Hou raih pingat emas pertama Malaysia di Sukan Paralimpik Paris 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.