Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Para SUKMA: Kehadiran bapa saksikan Galang Jabai raih emas
  • SUKAN

Para SUKMA: Kehadiran bapa saksikan Galang Jabai raih emas

Utusan Sarawak 8 months ago

Galang Jabai. Foto UKAS

PETRA JAYA: Perenang tuan rumah Galang Jabai meraih pingat emas dalam acara 100m gaya bebas kategori S7 lelaki pada Sukan Para Malaysia (Para SUKMA) 2024 di sini hari ini.

Walaupun hanya dua tahun lagi untuk bersara, atlet para berusia 38 tahun itu terus mempamerkan ketabahannya, mencatat masa 1:23.18 untuk meraih tempat pertama.

Muhammad Syafiq Azman dari Kedah meraih perak manakala Ikmal Danial dari Pulau Pinang meraih pingat gangsa. 

Galang mendedikasikan pingat emas itu kepada Sarawak, keluarga dan penyokong, terutama bapanya yang turut hadir menyaksikannya bertanding buat kali pertama. 

“Ayah saya ada di atas, ini kali pertama dia datang (menonton saya bertanding) dengan menaiki bas,” katanya ketika ditemui  di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, hari ini. 

Sementara itu, Rapelson Richard Hamit dari Sarawak menduduki tempat keempat dalam kategori sama dengan masa terakhir 2:03.91

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Para SUKMA: Akhirnya Jennyla raih emas setelah penampilan kali ke-7 
Next: Atlet Sarawak perlu kekalkan momentum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.