Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Para SUKMA: Bermula dengan cubaan, Cheng Tat naik podium untuk Sarawak
  • SUKAN

Para SUKMA: Bermula dengan cubaan, Cheng Tat naik podium untuk Sarawak

Utusan Sarawak 7 months ago

KUCHING: Belum cuba belum tahu. Lumpuh separuh badan tidak menghalang atlet Sarawak Chong Cheng Tat daripada merangkul emas pada penampilan pertamanya dalam acara lempar cakera F34 (kecacatan fizikal) 1 kilogram pada Sukan Para Malaysia (Para SUKMA) di Stadium Sarawak hari ini.

Beliau yang sebelum ini sekadar mencuba sukan berkenaan kerana mahu mencari sumber pendapatan selepas diserang strok, mendapati dirinya mempunyai potensi seterusnya mengambil keputusan untuk mewakili negeri tercinta pada temasya dwitahunan itu. 

Bekas jurujual itu berkata beliau tidak menyangka mampu menampilkan prestasi cemerlang kerana sebelum ini tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang sukan.

“Orang kata belum cuba belum tahu, saya tak boleh jalan, tak boleh kerja sudah lumpuh separuh badan, tapi tak mungkin saya tak boleh buat apa-apa, jadi saya cuba sukan, rupanya saya ada potensi dalam acara ini, jadi saya cuba pula masuk Para SUKMA dan dapat pingat emas lagi. 

“Saya perlu buat sesuatu walaupun lumpuh separuh badan, saya jaga mak saya lagi, kalau menang dapat insentif boleh simpan, sara diri dan mak saya,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. 

Atlet berusia 44 tahun itu meraih emas selepas membuat balingan sejauh 19.02 meter (m) manakala pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik Muhamad Nazir Aliman dari Johor (15.36m) dan Perak Hazrin Che Hassan (15.21m).

Sementara itu, kuartet Sabah mengungguli acara 4x100m T35-38 selepas menamatkan larian dengan catatan masa 53.53 saat (s) meninggalkan Kedah dan Perak pada kedudukan tempat kedua dan ketiga.

Lebih menakjubkan, kuartet dibarisi Mohd Nizamuddin Matahir, Jacklon Ganding, Heronlee Wong dan Nelson Selvin itu pertama kali digandingkan dalam acara yang baru dipertandingkan itu. 

“Tak buat latihan bersama langsung, pertama kali kami lari bersama adalah sewaktu tiba di Sarawak beberapa hari lepas, selepas itu masing-masing sibuk dengan kejohanan masing-masing, harap gandingan ini akan dikekalkan,” kata Mohd Nizamuddin.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Para SUKMA: Pertahan emas rejam lembing, Marshal mahu beri hadiah wang tunai kepada ibu bapa
Next: Para SUKMA: Emas terakhir bagi Mohamad Fuad 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.