Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pantai di Australia ditutup selepas tiga serangan jerung dalam dua hari
  • GLOBAL

Pantai di Australia ditutup selepas tiga serangan jerung dalam dua hari

Utusan Sarawak 5 hours ago
SEORANG renjer hidupan marin berdiri berhampiran papan tanda penutupan Pantai North Steyne di Sydney pada 19 Januari 2026. Seekor jerung membaham seorang peluncur ombak di perairan berhampiran sebuah pantai laut di Sydney pada 19 Januari, dalam serangan jerung ketiga di bandar Australia itu dalam tempoh dua hari, kata pihak berkuasa. Foto AFP

SYDNEY: Pihak berkuasa tempatan pada Selasa menutup kawasan pesisir pantai sepanjang 30 kilometer di Sydney susulan serangan jerung ketiga dalam tempoh dua hari, lapor agensi berita Jerman dpa.

Majlis Northern Beaches dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kesemua 34 pantai di kawasan itu akan ditutup sehingga diberitahu kelak.

“Kami menggesa perenang dan peluncur supaya mematuhi maklumat penutupan pantai dan menyemak maklumat status pantai,” menurut majlis itu.

Penutupan itu dibuat selepas seorang lelaki digigit jerung pada petang Isnin, menurut polis New South Wales.

SEORANG pengunjung berjalan di sepanjang pesisir pantai berhampiran papan tanda penutupan Pantai North Steyne di Sydney pada 19 Januari 2026. Foto AFP

Perkhidmatan kecemasan telah dipanggil ke Pantai North Steyne, di pinggir bandar Northern Beaches di Manly, susulan laporan seorang peluncur telah digigit jerung.

“Lelaki itu ditarik keluar dari air oleh orang awam yang memberikan pertolongan cemas sebelum ketibaan perkhidmatan kecemasan,” kata polis.

Beliau dirawat kerana kecederaan parah di kaki oleh paramedik dan dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal.

Terdahulu pada Isnin, papan luncur seorang kanak-kanak lelaki digigit jerung di kawasan berhampiran Dee Why, manakala pada Ahad, seorang budak lelaki berusia 13 tahun diserang ketika berenang berhampiran Shark Beach di timur Sydney. Polis berkata budak itu sedang mengharungi air cetek apabila dia diserang.

“Kecederaan tersebut adalah konsisten dengan apa yang dipercayai berpunca daripada jerung bersaiz besar,” kata polis. Jenis jerung tersebut masih belum dikenal pasti.

Budak itu mengalami kecederaan parah pada kedua-dua kakinya dan dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal.

Menurut data rasmi dari 2025, terdapat purata kira-kira 20 insiden jerung yang melibatkan kecederaan setiap tahun di Australia dalam tempoh 10 tahun yang lalu, dengan purata 2.8 kematian setiap tahun. – Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Angka korban kebakaran pusat beli-belah di Karachi meningkat 21 orang
Next: Pereka fesyen Itali Valentino Garavani meninggal dunia pada usia 93 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.