Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pansar peroleh kontrak Lebuh Raya Pan Borneo
  • BISNES

Pansar peroleh kontrak Lebuh Raya Pan Borneo

Utusan Sarawak 5 years ago

DCIM/100MEDIA/DJI_0030.JPG

PANSAR menerima dua surat pelantikan pembangunan dan naik taraf cadangan Lebuh Raya Pan Borneo.

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Pansar Bhd, Pansar Company Sdn Bhd menerima dua surat pelantikan berkaitan pembangunan dan naik taraf cadangan Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak bernilai RM72.06 juta.

Pansar menerusi kenyataan semalam berkata, satu daripadanya adalah daripada Dermaga Makmur Sdn Bhd bagi pembekalan dan penghantaran pengadang trafik untuk laluan dari Jambatan Sungai Kua ke Jambatan Sungai Arip (projek pertama).

Surat lain diberikan oleh Hart Builders Sdn Bhd untuk membekalkan dan menghantar pengadang trafik untuk laluan dari Persimpangan Pantu ke Batang Skrang (projek kedua).

Tempoh kontrak bagi projek pertama adalah selama 21 bulan dan kerja penghantaran akan bermula pada Julai 2020, manakala untuk projek kedua, tempoh kontrak selama 18 bulan dengan kerja penghantaran mulai September 2020.

Pengurus Besar Bahagian Perniagaan Pansar, David Tai Wei berkata, kedua-dua projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada keuntungan dan aset bersih Pansar atas kemajuan sepanjang tempoh kontrak.

“Pelantikan Pansar bagi projek baharu ini merupakan bukti kepakaran syarikat dalam segmen produk pembinaan, dan kami yakin dengan prospek pertumbuhan kerja-kerja kejuruteraan kami bagi masa depan,” katanya dalam kenyataan itu.

Syarikat berpangkalan di Sarawak yang ditubuhkan pada 1961 itu menjalankan perniagaan pemasaran dan pengedaran produk pembinaan; kejuruteraan perindustrian dan marin; kejuruteraan agro; pembekalan automasi pejabat dan elektrik; serta elektrik dan mekanikal. – Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia berdepan risiko peningkatan kredit
Next: Petronas Gas jangka tidak terjejas cabaran semasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.