Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pandang serius tahap kebersihan tandas
  • Tengah
  • WILAYAH

Pandang serius tahap kebersihan tandas

Utusan Sarawak 4 weeks ago
KAUNTER RAKYAT… Wong Ching Yong (berdiri, lima kiri), Kong Sing Ping (berdiri, empat kiri), Datuk Dr Soon Choon Teck (duduk, tiga kiri) serta yang lain selepas program kaunter perkhidmatan bergerak SUPP Cawangan Dudong dan Sibu Jaya di Sibu, hari ini.
 

SIBU: Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling dan Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau digesa agar memberi perhatian serius terhadap tahap kebersihan tandas di Lapangan Terbang Sibu yang didakwa masih belum memuaskan.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong, Wong Ching Yong berkata, meskipun beberapa penambahbaikan telah dilakukan, keadaan tandas di lapangan terbang itu masih memerlukan perhatian segera.

“Masih ada bau air kencing. Saya telah membuat aduan berkali-kali. Walaupun ada sedikit penambahbaikan, ia masih belum memuaskan. Saya rasa masih banyak ruang untuk diperbaiki,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program kaunter perkhidmatan bergerak SUPP Cawangan Dudong dan Sibu Jaya di sebuah kedai kopi, hari ini.

Mengulas lanjut, Wong mempersoalkan sikap berdiam diri kedua-dua ahli Parlimen berkenaan memandangkan lapangan terbang itu berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

“Kedua-dua YB ini menggunakan tandas itu setiap hari tetapi kenapa mereka tak kata apa-apa? Mungkin mereka guna (tandas di) kawasan VIP,” katanya.

Justeru, Wong turut menegur keadaan aliran trafik di kawasan lapangan terbang yang didakwanya masih tidak menunjukkan sebarang penambahbaikan, terutamanya berkaitan laluan khas untuk VIP.

“Saya tegaskan bahawa pihak berkuasa Lapangan Terbang Malaysia perlu tetapkan siapa yang dikira sebagai VIP. Saya rasa ketua jabatan kerajaan tidak patut dikira sebagai VIP,” katanya sambil menambah ramai pihak berkongsi pandangan sama dengannya.

Beliau turut mendedahkan bahawa pihak pengurusan lapangan terbang telah menjemputnya untuk mengadakan dialog berhubung isu tersebut.

“Selepas berbincang dengan rakan-rakan saya, kami berpendapat saya bukan orang yang sesuai untuk berbincang dengan pihak lapangan terbang. Saya hanya seperti ‘pejabat pos’, orang buat aduan kepada saya dan saya sampaikan aduan itu kepada pihak berkuasa lapangan terbang melalui kenyataan media.

“Saya rasa pihak lapangan terbang perlu buat kajian yang sepatutnya berkenaan apa yang saya katakan,” katanya.

Turut hadir Penasihat SUPP Cawangan Dudong, Datuk Dr Soon Choon Teck dan Pengerusi SUPP Cawangan Sibu Jaya, Kong Sing Ping.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 1,000 peserta hadiri program KCFM, edisi khas Aidilfitri
Next: Semai kesedaran, pemuliharaan, perlindungan alam sekitar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.