Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Panama tersingkir, Croatia terus hidupkan harapan di Piala Dunia
  • SUKAN

Panama tersingkir, Croatia terus hidupkan harapan di Piala Dunia

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENYERANG Croatia, Marco Pasalic (kanan), diasak pertahanan Panama, Cesar Blackman, dalam perlawanan Kumpulan L Piala Dunia 2026 antara Panama dan Croatia di Stadium Toronto, Toronto, pada 23 Jun 2026. Foto AFP

TORONTO, Kanada: Panama tersingkir daripada saingan Piala Dunia 2026 selepas Croatia mengekalkan peluang untuk mara ke pusingan 32 terbaik menerusi kemenangan tipis 1-0 dalam perlawanan Kumpulan L, hari ini.

Croatia yang mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 dan 2022 berusaha bangkit selepas tewas 2-4 kepada England dalam aksi pembukaan kumpulan di Dallas.

Gol tunggal Ante Budimir pada minit ke-54 sudah memadai untuk menghadiahkan tiga mata berharga kepada pasukan Eropah itu sekali gus memastikan perjuangan mereka dalam kejohanan masih bernyawa.

PENYERANG Croatia, Ivan Perisic (kiri), penyerang Panama, Jose Fajardo (tengah), dan pertahanan Croatia, Josko Gvardiol, bersaing mendapatkan bola dalam perlawanan Kumpulan L Piala Dunia 2026 antara Panama dan Croatia di Stadium Toronto, Toronto, pada 23 Jun 2026. Foto AFP

Bintang Croatia, Luka Modric, mencipta satu lagi detik bersejarah apabila membuat penampilan antarabangsa ke-200 bersama negaranya. Namun, tandukannya pada awal permainan gagal menemui sasaran apabila melepasi palang gol.

Di bawah bimbingan jurulatih kelahiran Denmark, Thomas Christiansen, Panama membentuk benteng pertahanan yang tersusun dan berdisiplin, yang membantu mereka layak ke Piala Dunia buat kali kedua dalam sejarah.

Bagaimanapun, jentera serangan Panama hampir mencipta kejutan pada separuh masa pertama.

PEMAIN tengah Croatia, Luka Modric, menenangkan pemain tengah Panama, Jose Luis Rodriguez, yang kesakitan selepas dikasari dalam perlawanan Kumpulan L Piala Dunia 2026 antara Panama dan Croatia di Stadium Toronto, Toronto, pada 23 Jun 2026. Foto AFP

Pada minit ke-23, Jose Luis Rodriguez melakukan tandukan tepat ke arah gol, namun penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic, bertindak cemerlang menepis bola dengan hujung jari sebelum ia terkena palang.

Separuh masa kedua menyaksikan Croatia meningkatkan rentak permainan dan mula menguasai perlawanan.

Sorakan lebih 43,000 penonton di Toronto yang majoritinya penyokong Croatia bergema apabila Budimir menyempurnakan hantaran lintang Josip Stanisic untuk meletakkan pasukannya di hadapan.

Croatia berpeluang menggandakan kelebihan beberapa minit kemudian apabila hantaran tepat Modric membuka ruang kepada Marco Pasalic untuk berdepan penjaga gol Panama, Orlando Mosquera.

PEMAIN tengah Panama, Cristian Martinez (kiri), dan pertahanan Croatia, Josko Gvardiol, bersaing mendapatkan bola dalam perlawanan Kumpulan L Piala Dunia 2026 antara Panama dan Croatia di Stadium Toronto, Toronto, pada 23 Jun 2026. Foto AFP

Namun, percubaan pertama Pasalic berjaya diselamatkan Mosquera. Bola muntah kembali kepadanya, tetapi percubaan susulan yang dilakukan dalam keadaan kurang seimbang melambung tinggi melepasi palang.

Panama terus melancarkan serangan bagi mencari gol penyamaan, namun gagal menemui sentuhan penyudah yang diperlukan, sekali gus meneruskan kemarau jaringan mereka di pentas Piala Dunia.

KETUA jurulatih Panama kelahiran Denmark-Sepanyol, Thomas Christiansen, bertepuk tangan menjelang perlawanan Kumpulan L Piala Dunia 2026 antara Panama dan Croatia di Stadium Toronto, Toronto, pada 23 Jun 2026. Foto AFP

Mereka akan menamatkan kempen kejohanan dengan menentang England pada Jumaat.

Sementara itu, Croatia kini mengumpul tiga mata dan bakal berdepan Ghana yang memiliki empat mata selepas mengikat England tanpa jaringan dalam satu lagi aksi Kumpulan L.

Perlawanan tersebut dijangka menjadi penentu kepada peluang kedua-dua pasukan untuk merebut tempat ke pusingan 32 terbaik. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: England kecewa diikat Ghana dalam aksi seri Piala Dunia
Next: Kerja paling ‘rare’, dibayar RM235,000 hanya untuk tengok Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.