Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pameran MATTA Sarawak 2025 tawar pelbagai pakej pelancongan
  • SEMASA

Pameran MATTA Sarawak 2025 tawar pelbagai pakej pelancongan

Utusan Sarawak 2 months ago

KUCHING: Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Sarawak 2025, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching dari 5 hingga 6 April ini, bakal menampilkan pelbagai pakej percutian domestik serta antarabangsa yang berbaloi.

Kenyataan MATTA Sarawak memaklumkan kesemua pakej akan ditawar oleh pelbagai kumpulan pengendali pelancongan yang berpengalaman dan berlesen.

Menurut MATTA Sarawak, bagi meningkatkan lagi pengalaman pengunjung semasa pameran itu, Malaysia Aviation Group (MAG) akan memberikan tiket penerbangan dari Kuching ke destinasi domestik dan antarabangsa yang menarik melalui peraduan untuk pembeli.

“MATTA Sarawak percaya dengan pelbagai pakej terpilih yang ditawarkan oleh ahli kami, pengunjung berpeluang memilih destinasi impian mereka dan meneroka dunia dengan yakin.

“Masuk adalah percuma dan ia dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam,” katanya.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Bantuan SARA beri sinar harapan
Next: Minyak masak terpakai kini jadi komoditi utama dalam penghasilan SAF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.