Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pameran Bergerak JaPen sebar maklumat patriotik
  • TEMPATAN

Pameran Bergerak JaPen sebar maklumat patriotik

Utusan Sarawak 4 years ago
LORI pameran infografik bergerak JaPen Sarawak singgah di ECOMall Semariang.

KUCHING: Pameran infografik Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia Sarawak merupakan medium alternatif menyebar luas maklumat patriotik serta mempromosikan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2021 kepada orang ramai.

Inisiatif JaPen mengadakan pameran  infografik patriotik secara bergerak (‘mobile’) ini bertujuan menggelorakan semangat cintakan negara dan ianya menarik perhatian  pengunjung di dua lokasi iaitu di Mydin Petra Jaya dan di ECOMall Semariang semalam.

Menurut Pengarah Penerangan Malaysia Sarawak, Swady Guliling, pameran infografik ini dilaksanakan tanpa melibatkan perkumpulan dan perjumpaan secara langsung dengan orang ramai kerana situasi pandemik Covid-19 ketika ini.

“Lori pameran bergerak ini diletakkan di lokasi strategik di kawasan luar pusat membeli-belah dan akan bergerak ke lokasi berlainan setiap hari.

“Orang ramai yang lalu-lalang di lori pameran boleh meluangkan masa singgah membaca infografik dan mendapatkan maklumat HKHM 2021 selain boleh mengambil gambar di lori pameran bergerak sebagai kenangan peribadi,” kata Swady.

Lori pameran infografik bergerak JaPen ini dijangka akan turut berada di beberapa lokasi tumpuan orang awam di sekitar Kuching setiap hari sehingga Hari Malaysia pada 16 September kelak.

Antara infografik menarik yang dikongsikan dalam  pameran  Bergerak ini adalah tentang sejarah Hari Malaysia, penerangan logo Malaysia Prihatin, Jata negara dan bendera Malaysia 3 dan perihal Rukun negara .

Pelbagai sumber menarik dan bermanfaat boleh didapati di pameran bergerak anjuran Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka JaPen ini dan sekiranya orang ramai terjumpa dengan lori pameran bergerak JaPen, anda dijemput untuk berkunjung bagi turut sama memeriahkan suasana.

Selain itu JaPen Sarawak turut mengadakan pameran Sambutan HKHM di Mydin Petrajaya bermula 30 Ogos sehingga 17 September ini.

Continue Reading

Previous: 21 penerima terima sumbangan bakul makanan
Next: RM1.15 juta bina stadium bola keranjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.