Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pakistan: Sekurang-kurangnya sembilan maut, lebih 20 cedera dalam letupan di pasar
  • GLOBAL

Pakistan: Sekurang-kurangnya sembilan maut, lebih 20 cedera dalam letupan di pasar

Utusan Sarawak 2 hours ago
ORANG ramai membawa mangsa letupan yang cedera menggunakan pengusung ke sebuah hospital di Bannu pada 12 Mei 2026, selepas serangan bunuh diri di kawasan Sarai Naurang, daerah Lakki Marwat, Pakistan. Foto AFP

ISLAMABAD: Satu letupan di sebuah pasar di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, barat laut Pakistan pada Selasa mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang dan mencederakan lebih 20 yang lain, kata seorang pegawai pentadbiran tempatan kepada Anadolu menerusi telefon, lapor Anadolu Ajansi.

Letupan berkenaan berlaku di bandar Sarai Naurang, di daerah Lakki Marwat, kata pegawai itu yang enggan dikenali.

“Ketika ini saya berada di hospital dan setakat ini sembilan mayat telah dibawa ke sini. Sekurang-kurangnya 22 mangsa cedera juga sedang menerima rawatan,” katanya.

ANGGOTA keselamatan memeriksa lokasi letupan selepas serangan bunuh diri di kawasan Sarai Naurang, daerah Lakki Marwat, Pakistan pada 12 Mei 2026. Foto AFP

Antara yang maut ialah dua anggota polis, kata pegawai itu sambil menambah pihak berkuasa masih belum mengesahkan punca sebenar letupan berkenaan.

Tiada kumpulan yang segera mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Wilayah barat laut Pakistan menyaksikan peningkatan serangan kumpulan bersenjata sejak beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya menyasarkan pasukan keselamatan dan orang awam.

Islamabad berulang kali menuduh Tehreek-i-Taliban Pakistan (TTP) beroperasi dari tempat perlindungan di negara jiran Afghanistan.

Bagaimanapun, Kabul menafikan dakwaan itu.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Penumpang pesawat Frontier Airlines di Denver dievakuasi selepas magazin senjata ditemukan
Next: Penerbangan Etihad di Chennai dibatalkan selepas sayap pesawat terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.