Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pakistan bersiap siaga hadapi hujan monsun ketika angka korban banjir hampiri 300
  • GLOBAL

Pakistan bersiap siaga hadapi hujan monsun ketika angka korban banjir hampiri 300

Utusan Sarawak 17 hours ago
GAMBAR yang diambil pada 24 Julai 2025 ini menunjukkan pentadbir tempatan memeriksa kerosakan di Lembah Kondus di daerah Ghanche yang dilanda banjir di wilayah Gilgit-Baltistan. Hampir separuh daripada 266 kematian yang dikaitkan dengan hujan monsun Pakistan yang lebih lebat daripada biasa adalah kanak-kanak pada cuti sekolah kebangsaan mereka, kata pegawai pada 25 Julai. Tanah runtuh minggu ini disebabkan oleh hujan lebat menghanyutkan beberapa kereta di wilayah Gilgit-Baltistan, destinasi pelancongan popular yang ditandai dengan gunung menjulang tinggi, lembah dalam dan sungai yang luas. Foto AFP

ISLAMABAD: Agensi penyelamat dan bencana Pakistan pada Isnin sedang memuktamadkan rancangan untuk memindahkan ribuan penduduk berikutan amaran hujan monsun yang lebih lebat, ketika jumlah korban akibat banjir sejak beberapa minggu lepas meningkat hampir 300 orang, menurut laporan Agensi Berita Jerman (dpa).

Sekurang-kurangnya 279 orang, hampir separuh daripadanya kanak-kanak maut dalam insiden berkaitan hujan lebat dan banjir sejak akhir bulan lepas, menurut agensi bencana kebangsaan negara itu.

Satu lagi gelombang hujan dijangka melanda negara itu, yang berpotensi mencetuskan banjir kilat dan limpahan air di kawasan bandar, menurut Jabatan Meteorologi Pakistan.

“Ini akan menjadi gelombang hujan paling lebat sepanjang musim monsun kali ini,” kata ahli meteorologi Raja Ibrar, merujuk kepada musim hujan di Asia Selatan yang berlangsung dari Julai hingga September.

Jabatan penyelamat di wilayah tengah Punjab sedang memuktamadkan pelan kontingensi untuk memindahkan penduduk dari kawasan tebing sungai sekiranya berlaku banjir, kata jurucakap agensi itu, Farooq Ahmad.

“Kami dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya, dengan ribuan anggota penyelamat dan ratusan bot bersedia. Helikopter juga dalam mod siap siaga,” kata Ahmad mengenai wilayah di mana kebanyakan kematian dilaporkan berlaku.

Agensi bencana itu turut menasihatkan kerajaan wilayah lain agar terus memantau keadaan semasa secara berterusan.

Pakistan antara negara yang paling terdedah kepada kesan perubahan iklim, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Lebih 2,000 orang terkorban akibat banjir dan penyakit susulan di Pakistan pada tahun 2022, ketika satu pertiga daripada negara Asia Selatan itu ditenggelami air. – Bernama-dpa 

Continue Reading

Previous: China keluarkan amaran merah untuk curahan gunung dan bencana geologi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.