Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pakar mata rawat Anwar ketika dipenjara meninggal dunia
  • NASIONAL

Pakar mata rawat Anwar ketika dipenjara meninggal dunia

Utusan Sarawak 5 months ago

Pakar mata, Allahyarham Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Pakar mata, Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.

Berita pemergian Dr Ahmad Shukri dikongsikan Anwar menerusi hantaran di akaun media sosial beliau malam ini.

Dalam perkongsian itu, Perdana Menteri berkata, Dr Ahmad Shukri antara yang tampil sebagai saksi memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menafikan tohmahan kononnya beliau mencederakan diri sendiri ketika dalam tahanan polis.

“Jasa dan keikhlasan Almarhum akan sentiasa terpahat dalam ingatan,” katanya.

Anwar turut mendoakan keluarga Dr Ahmad Shukri diberikan kekuatan dan dosa Allahyarham diampuni Allah. – Bernama.

Continue Reading

Previous: Perbezaan adat, budaya tambah kemeriahan sambutan Krismas pasangan kahwin campur
Next: SSPA: Jangan buat pinjaman tambahan sebab naik gaji – CUEPACS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.