Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pakar beri amaran risiko kesihatan akibat cuaca panas semasa Piala Dunia
  • GLOBAL

Pakar beri amaran risiko kesihatan akibat cuaca panas semasa Piala Dunia

Utusan Sarawak 4 hours ago
ORANG ramai menonton perlawanan Piala Dunia di jalan raya di kawasan Dumbo, Brooklyn ketika suhu mencecah lingkungan 90 darjah Fahrenheit pada 12 Jun 2026, di New York City. New York City berada di bawah amaran cuaca panas sehingga 8.00 malam Jumaat ketika musim panas bermula di bandar itu. Foto AFP

KUALA LUMPUR: Pemain yang tiba di Miami untuk perlawanan Piala Dunia mungkin perlu berdepan lebih daripada sekadar pasukan lawan apabila cuaca panas dan lembap berisiko menjadikan kejohanan itu sebagai ujian ketahanan selain kemahiran.

Pasukan dari negara beriklim lebih sejuk berdepan risiko yang lebih tinggi sekiranya mereka tidak mempunyai masa mencukupi untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca mencabar di Miami, kata Penolong Profesor dan Ketua Program Pascasiswazah Kinesiologi di Florida International University, Dr Jason Kostrna. 

Kinesiologi ialah bidang kajian yang menumpukan kepada pergerakan, senaman dan prestasi fizikal.

“Malangnya di Miami, tahap kelembapan sangat tinggi dan apabila anda bersenam, peluh akan mengalir dengan banyak.

“Itu bermakna peluh tidak menyejat. Ia hanya mengalir di badan dan anda tidak mendapat kehilangan haba yang diperlukan,” kata Kostrna kepada Reuters.

Beliau berkata cabaran fisiologi yang dihadapi amat besar. Apabila badan pemain sukar menyejukkan diri, jantung terpaksa bekerja lebih keras mengepam darah ke permukaan kulit dalam usaha melepaskan haba melalui proses penyejatan, namun proses itu menjadi kurang berkesan dalam keadaan udara lembap di Miami.

“Apabila ia tidak dapat berlaku, kadar denyutan jantung akan terus meningkat,” jelas Kostrna.

Menurut beliau, tekanan haba itu menambah lagi beban yang sememangnya besar apabila mewakili negara masing-masing, sekali gus menjejaskan prestasi fizikal dan ketajaman mental pemain.

“Anda mungkin akan melihat tempo permainan sedikit menurun dan proses membuat keputusan menjadi lebih berhati-hati. Sama ada secara sedar atau tidak sedar, ia bergantung kepada atlet itu sendiri,” katanya.

ORANG ramai menonton perlawanan Piala Dunia di jalan raya di kawasan Dumbo, Brooklyn ketika suhu mencecah lingkungan 90 darjah Fahrenheit pada 12 Jun 2026, di New York City. New York City berada di bawah amaran cuaca panas sehingga 8.00 malam Jumaat ketika musim panas bermula di bandar itu. Foto AFP

Suhu di bandar-bandar tuan rumah Piala Dunia ketika ini juga mencatat beberapa darjah lebih tinggi berbanding purata sejarah.

Langkah mengurangkan risiko cuaca panas turut dilaksanakan untuk penyokong di Stadium Miami apabila Miami-Dade County memaklumkan bahawa stesen penyejukan, treler bekalan air, zon hidrasi dan kawasan semburan kabus akan disediakan untuk penyokong serta petugas sepanjang kejohanan.

Walaupun rehat hidrasi selama tiga minit diperkenalkan dalam semua perlawanan, Kostrna berpendapat langkah itu hanyalah penyelesaian sementara jika pemain tidak memastikan tahap hidrasi yang mencukupi beberapa hari sebelum perlawanan.

“Jika badan anda sudah kekurangan cecair, langkah ini tidak akan menyelesaikan masalah itu secara ajaib.

“Bagi atlet, ia boleh membantu menurunkan kadar denyutan jantung dan menambah cecair dalam badan. Namun, jika tempoh rehat hidrasi itu lebih panjang sedikit, mungkin ia lebih baik,” katanya.

Nasihat beliau kepada pasukan yang bertanding adalah supaya tiba lebih awal dan menyesuaikan diri dengan cuaca setempat.

“Saya berharap tiada pasukan yang hanya tiba dengan pesawat dan mengalami keadaan ini buat kali pertama.

“Diharapkan mereka sudah berada di bandar ini sejak beberapa minggu lalu dan menjalani latihan dalam keadaan cuaca seperti ini. 

“Tempoh itu sepatutnya mencukupi walaupun bagi pasukan yang datang dari kawasan beriklim lebih sejuk kerana badan akan menyesuaikan diri dalam beberapa minggu,” kata Kostrna.- Reuters

Continue Reading

Previous: Ariane 6 Eropah dilancarkan ke angkasa lepas dengan penggalak baharu
Next: Iran siar draf perjanjian 14 perkara gariskan pelan hala tuju perjanjian dengan AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.