BINTANGOR: Seramai 200 murid, 25 guru dan lapan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) St Augustine (M) menyertai Program Latihan Kebakaran dan Pertolongan Cemas 2024. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, pihaknya mengendalikan ceramah keselamatan kebakaran dan demonstrasi alat pemadam api sempena program anjuran sekolah tersebut, kelmarin. “Program bermula dari 8.30 pagi hingga 11.00 pagi. “Sepasukan bomba hadir bagi mengendalikan ceramah keselamatan kebakaran dan demonstrasi alat pemadam api,” katanya. Tambahnya, antara pengisian aktiviti yang turut dijalankan adalah latihan pengungsian bangunan. “Para peserta juga turut berpeluang belajar cara mengendalikan alat pemadam api. “Alhamdulillah, program berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya. Oleh EARL ANEK
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia diunjur mengekalkan trend diniagakan tidak berubah minggu depan sehingga terdapat pemangkin baharu, kata...
JULAU: Dua anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor telah menjalankan pemantauan di lokasi tanah susur, kelmarin. Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, kejadian tersebut berlaku di hadapan Rumah Tera Dana, Nanga Langu, Entabai. “Pihak kami menerima panggilan kecemasan dari Tuai Rumah Tera Dana sekitar 12.00 tengah hari semalam (kelmarin). “Bertindak dengan panggilan kecemasan, dua anggota bomba bergegas ke lokasi bagi menjalankan pemantauan. “Setibanya di lokasi pada 1.48 petang, didapati tanah susur berlaku di hadapan rumah panjang, namun tidak menjejaskan struktur rumah. Jarak di antara tanah susur ke rumah panjang anggaran tujuh meter,” katanya ketika dihubungi pemberita, semalam. Katanya, anggota bomba memasang tali sawar-sawar berhampiran tanah susur tersebut. “Penghuni rumah panjang turut dinasihati untuk berjaga-jaga dan menghubungi pihak bomba sekiranya masih berlaku tanah susur. “Pemantauan di lokasi tanah susur selesai sepenuhnya pada 2.30 petang,” katanya. Oleh EARL ANEK
KUALA LUMPUR: Malaysia ditunjukkan jalan keluar dari kempen Piala ASEAN 2024 selepas seri tanpa jaringan menentang seteru...
KUCHING: Syarikat bas ekspres diingatkan untuk menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan jarak jauh, khususnya sepanjang musim perayaan...
ROBAN: Kira-kira 18 guru serta pelajar dan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Roban berjaya dipindahkan ke tempat...
PUTRAJAYA: Jemaah Menteri pada 13 November lepas secara prinsip menerima tawaran syarikat robotik marin Ocean Infinity untuk...
MIRI: Seorang lelaki warga Indonesia yang dikhuatiri dibaham buaya ketika sedang memancing di Sungai Asian Bridge Tol...
DEBAK: Belum pun sampai seminggu, tiga perkampungan Melayu di Debak kini sekali lagi dilanda banjir kilat, awal...
PADAWAN: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) membantu dua gereja dalam kawasan Puncak Borneo sebagai sokongan kepada...
SERIAN: Seorang lelaki berusia 57 tahun yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu, ditemui selamat oleh pasukan penyelamat,...
KUCHING: Upacara sembahyang bersama Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS) bertemakan ‘Kasih yang Mengubah Hidup’ yang berlangsung di Christian...