Lelaki warga Indonesia masih belum dijumpai

Facebook
WhatsApp
OPERASI pencarian masih diteruskan.

MIRI: Seorang lelaki warga Indonesia yang dikhuatiri dibaham buaya ketika sedang memancing di Sungai Asian Bridge Tol Kuala Baram di sini petang kelmarin, masih belum dijumpai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah, pihaknya kini masih meneruskan operasi pencarian mangsa.

“Operasi diteruskan hari ini dengan pencarian dalam radius satu kilometer (km) ke hulu dan satu kilometer ke hiliran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Petang semalam, pihak bomba menerima laporan sekitar 4.50 petang berhubung seorang lelaki dikenali sebagai Salim dibaham buaya semasa sedang memancing ikan.

Sejurus menerima laporan itu, pihak bomba ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Bagaimanapun, mangsa gagal ditemui.

Bomba tangkap ular sawa dalam reban ayam

BINTANGOR, 24 Oktober: Kehadiran seekor ular sawa di dalam reban ayam di Jalan Muhibah mencetuskan kebimbangan penghuni pada malam kelmarin.

Bomba tangkap ular sawa dalam reban ayam

BINTANGOR, 24 Oktober: Kehadiran seekor ular sawa di dalam reban ayam di Jalan Muhibah mencetuskan kebimbangan penghuni pada malam kelmarin.