Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Padah mengamuk minta wang dadah, suami ditahan belasah isteri
  • JENAYAH

Padah mengamuk minta wang dadah, suami ditahan belasah isteri

Utusan Sarawak 4 hours ago
POLIS telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut, kelmarin. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Keengganan seorang isteri menyerahkan wang sebanyak RM30 untuk membeli bekalan dadah membawa padah apabila dia dipercayai dibelasah suaminya sendiri dalam kejadian di Krian dekat sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, pihak polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Menurut beliau, kejadian berlaku di rumah pasangan berkenaan pada 21 Mei lalu apabila suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan bertindak agresif selepas mangsa enggan memberikan wang tunai yang dimintanya untuk membeli dadah.

Beliau berkata, suspek kemudian bertindak memukul mangsa berusia 29 tahun menggunakan tangan berulang kali di bahagian muka, kepala dan belakang badan akibat tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya itu.

“Ketika kejadian, tiada ahli keluarga lain yang menyedari tindakan suspek kerana pasangan tersebut hanya tinggal bersama anak mereka di rumah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibat kejadian itu, mangsa yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan mengalami kecederaan termasuk bengkak di bahagian kening mata kanan, mata kiri dan pipi kiri.

Mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis bagi mendapatkan tindakan undang-undang selain memulakan proses perceraian.

Menurut DSP Mathew lagi, suspek kemudiannya tampil menyerahkan diri kepada pihak polis sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan dibaca bersama Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT).

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Lima peniaga rugi RM28,160 diperdaya tender palsu guna nama agensi kerajaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.