Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Padah cuba melarikan diri, lelaki 57 tahun ditahan bersama syabu di Kabong
  • JENAYAH

Padah cuba melarikan diri, lelaki 57 tahun ditahan bersama syabu di Kabong

Utusan Sarawak 5 hours ago
 SUSPEK berusia 57 tahun bertindak melarikan diri ke arah belakang rumah bagi mengelak pemeriksaan. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Cubaan seorang lelaki tempatan meloloskan diri daripada pemeriksaan polis tidak berhasil apabila dia berjaya diberkas dalam satu operasi khas di kawasan Kabong, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie, berkata tangkapan itu dilakukan menerusi Op Tapis Khas oleh sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok sekitar 1.00 petang.

Menurutnya, ketika pasukan serbuan tiba di hadapan sebuah rumah dan memperkenalkan diri, suspek yang berusia 57 tahun bertindak melarikan diri ke arah belakang rumah bagi mengelak pemeriksaan.

Bagaimanapun, tindakan pantas pegawai dan anggota bertugas berjaya memintas serta menahan lelaki terbabit tidak lama kemudian di kawasan berhampiran.

POLIS menemukan dua peket plastik lutsinar besar mengandungi ketulan kristal disyaki syabu dengan anggaran berat 2.70 gram. Foto: IPD Saratok

Hasil pemeriksaan lanjut ke atas suspek menemukan dua peket plastik lutsinar besar mengandungi ketulan kristal disyaki syabu dengan anggaran berat 2.70 gram.

Turut dirampas ialah satu unit penimbang digital berwarna perak serta sebuah dompet mengandungi lesen memandu dan wang tunai berjumlah RM200.

Beliau berkata, kesemua barang rampasan telah disita untuk dijadikan bahan bukti dan suspek kini ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai lima rekod kesalahan lampau membabitkan kes dadah termasuk di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A(1) dan Seksyen 12(2) akta sama, selain satu kes kecurian mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Walaupun mempunyai rekod jenayah terdahulu, ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek didapati negatif.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis tidak menolak kemungkinan terdapat penglibatan individu lain dalam kegiatan tersebut.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Polis Bau tahan lelaki disyaki terlibat judi dalam talian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.