PILIHAN keempat dari Jepun, Naomi Osaka yang sebelum ini pernah mengumumkan untuk menarik diri daripada bermain di perikat separuh akhir Terbuka Western & Southern berjaya menunundukkan Elise Mertens dari Belgium untuk mara ke final.
Kemenangan 6-2, 7-6 (7/5) ke atas pemain belgium itu membolehkan Osaka berdepan dengan pilihan kelapan dari Britian dan juara dua kali Terbuka Australia Victoria Azarenka dari Belarus dalam kelompok kuanrantin Covid-19 yang sama dengan pemain Terbuka AS yang bermula pada Isnin di New York.
Kejohanan Terbuka AS biasanya akan dilansungkan di Cincinnati ditukatkan ke venue sama di New York susulan penularan pandemik Covid-19
Juara Grand Slam dua kali, Osaka pada Rabu berkata dia menarik diri daripada bermain di peringkat separuh akhir sebagai protes terhadap insiden tembakan oleh polis terhadap Jacob Blake di Kenosha, Wisconsin.
“Sebelum saya menjadi atlet, saya seorang wanita kulit hitam. Dan sebagai wanita kulit hitam, saya merasa seolah-olah ada banyak perkara penting yang perlu diambil perhatian, dan bukannya hana menonton saya bermain tenis,” kata Osaka pada Rabu.
“Saya tidak mengharapkan sesuatu yang drastik terjadi dengan saya tidak bermain, tetapi jika saya dapat memulakan perbualan dalam sukan dengan majoriti kulit putih, saya menganggap langkah itu ke arah yang benar.”
Bagaimanapun, dia menarik balik keputusan tersebut selepas kejohanan pada Khamis ditanguhkan oleh penganjur sebagai tanda protes terhadap insiden tembakkan melibatkan Jacob Blake.
Osaka, juara Terbuka AS 2018 dan Terbuka Australia 2019, memecahkan kedudukan 2-0 dan sekali lagi pada perlawanan kelapan untuk memenangi set pertama dalam 38 minit.
Osaka kembali bangkit untuk kedudukan 2-0 di set kedua sebelum Marten menguasai empat perlawanan untuk merebut kedudukan.
Osaka kembali dalam permainan ketujuh untuk mengikat Marten 4-4 untuk tie-breaker sebelum menang selepas melakukan pukulan silang yang memerangkap Mertens.-AFP