Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Orang ramai diminta waspada cubaan pancing data untuk rampas akaun Telegram
  • JENAYAH

Orang ramai diminta waspada cubaan pancing data untuk rampas akaun Telegram

Utusan Sarawak 3 days ago
PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Polis menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap cubaan memancing data atau phishing oleh sindiket penipuan yang menggunakan iklan palsu Program Rumah Mesra Rakyat 2025 di media sosial untuk merampas akaun Telegram mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata sindiket berkenaan dipercayai mahu merampas akaun Telegram bagi digunakan dalam aktiviti jenayah siber seperti penyamaran, pemerasan dan penipuan dalam talian.

Hasil pemantauan, pihaknya mengenal pasti satu akaun TikTok yang aktif mempromosikan program berkenaan dengan memaparkan pautan dihalakan ke laman web luar negara.

“Pautan mencurigakan itu memaparkan pautan yang seterusnya menghala ke domain yang bukan domain rasmi kerajaan Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rusdi berkata laman web palsu itu akan meminta mangsa mengisi butiran peribadi seperti nama penuh dan nombor telefon dan kemudian memasukkan kod OTP yang dihantar ke nombor itu seterusnya menyerahkan kata laluan akaun Telegram.

Beliau berkata walaupun setakat ini tiada sebarang laporan polis diterima berhubung penipuan berkenaan, orang ramai dinasihatkan agar tidak menekan pautan itu atau memberikan sebarang maklumat peribadi kepada laman web tidak rasmi sebagai langkah pencegahan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Suami isteri warga China ditahan ugut ada bom dalam pesawat Tawau-Kuala Lumpur
Next: Timbalan Pendakwa Raya SPRM ditahan polis kerana memiliki dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.