Timbalan Pendakwa Raya SPRM ditahan polis kerana memiliki dadah

Facebook
WhatsApp
FOTO hiasan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang baru melaporkan diri minggu lepas, ditahan polis semalam kerana memiliki dadah.

SPRM memaklumkan, TPR terbabit ditahan di kediamannya dan pemeriksaan polis telah menemukan bahan terlarang disyaki dadah di rumah berkenaan.

“SPRM mengambil maklum berhubung tangkapan melibatkan seorang TPR yang baru melaporkan diri untuk bertugas di suruhanjaya ini minggu lepas.

“SPRM menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara ini dan memberi jaminan akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” menurut SPRM dalam kenyataan hari ini.

SPRM menegaskan pihaknya tidak berkompromi dengan salah laku, pelanggaran undang-undang atau perbuatan jenayah oleh mana-mana pegawai atau kakitangan, selain komited memastikan integriti serta tatakelola organisasi sentiasa dipelihara.- Bernama

Tiga wanita cuba curi kabel SEB ditahan

MIRI: Cubaan tiga wanita mencuri kabel milik Sarawak Energy Berhad (SEB) tidak kesampaian apabila mereka ditahan polis berhampiran Balai Bomba