Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ops Samseng Jalanan: 7 motosikal disita, 36 saman dikeluarkan di Miri
  • JENAYAH

Ops Samseng Jalanan: 7 motosikal disita, 36 saman dikeluarkan di Miri

Utusan Sarawak 12 hours ago
DISITA… Antara motosikal yang disita selepas didapati diubah suai tidak mengikut spesifikasi.

MIRI: Tujuh motosikal yang diubah suai tanpa mengikut spesifikasi telah disita dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Miri bermula 10.00 malam sehingga 4.00 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, semua motosikal berkenaan disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut beliau, operasi dijalankan di beberapa lokasi panas sekitar bandar ini termasuk Jalan Bandaraya Miri, Jalan Marina, Jalan Miri-Bypass, Jalan Tanjung Lobang dan Jalan Tudan.

“Tujuan operasi ini adalah untuk membanteras aktiviti samseng jalanan serta mendidik pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi tadi.

Sepanjang operasi tersebut, seramai 16 individu diperiksa dan sebanyak 36 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Mohd Farhan menegaskan bahawa operasi seperti ini akan diteruskan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.

Beliau turut menasihatkan penunggang motosikal agar lebih berhemah, tidak mengubah suai struktur asal kenderaan, serta tidak terlibat dalam aktiviti samseng jalanan yang boleh membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.

“Mereka juga diingatkan supaya tidak berkumpul di tepi jalan hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas serta bunyi bising yang mengganggu ketenteraman awam,” tegasnya.

Polis turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan samseng jalanan agar segera menghubungi Bilik Gerakan IPD Miri di talian 085-433400.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Siasatan Op Northern Star: Seorang lagi Datuk Seri ditahan
Next: Remaja 15 tahun ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.