Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ops Gegar serbu premis hiburan di Miri
  • JENAYAH

Ops Gegar serbu premis hiburan di Miri

Utusan Sarawak 12 hours ago
SERAMAI 33 wanita terdiri daripada warganegara China, Vietnam dan Filipina serta tujuh lelaki warganegara Indonesia telah ditahan. Foto Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak

MIRI: Satu operasi penguatkuasaan bersepadu, Ops Gegar telah berjaya dilaksanakan oleh Unit Penguatkuasa Imigresen, cawangan Miri dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sebuah pusat karaoke terkenal di bandaraya Miri.

Operasi dijalankan sekitar 10.00 malam ini melibatkan sejumlah 29 anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak dan empat anggota polis dari cawangan khas.

Dalam serbuan tersebut, pihak berkuasa telah memeriksa seramai 50 individu di premis berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati pusat hiburan itu menawarkan khidmat wanita warga asing kepada pelanggan untuk berhibur.

SERAMAI 33 wanita terdiri daripada warganegara China, Vietnam dan Filipina serta tujuh lelaki warganegara Indonesia telah ditahan. Foto Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak

Seramai 33 wanita terdiri daripada warganegara China, Vietnam dan Filipina serta tujuh lelaki warganegara Indonesia telah ditahan.

Kesemua individu yang ditahan didapati melakukan pelbagai kesalahan imigresen termasuklah menyalahgunakan pas lawatan (sosial) dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Bekenu untuk siasatan lebih lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Cathilyenn, Izzat yang hilang kini di London
Next: Interpol rakam percakapan anak Pamela Ling di Singapura dalam masa terdekat 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.