Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ops Aidiladha, Gawai Dayak dipergiat hingga 6 Jun
  • TEMPATAN

Ops Aidiladha, Gawai Dayak dipergiat hingga 6 Jun

Utusan Sarawak 2 hours ago
ANGGOTA JPJ Sarawak menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan sempena Ops Hari Raya Aidiladha dan Ops Gawai Dayak 2026 bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan. Foto JPJ Sarawak

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak melaksanakan Ops Hari Raya Aidiladha 2026 di seluruh negara bermula hari ini sehingga 31 Mei depan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sepanjang musim perayaan.

JPJ Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan, Ops Gawai Dayak 2026 pula akan diteruskan di seluruh negeri sehingga 6 Jun sempena sambutan perayaan dan cuti sekolah.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan operasi khas berkenaan susulan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya khususnya melibatkan pergerakan orang ramai pulang ke kampung halaman dan destinasi percutian.

ANGGOTA JPJ Sarawak menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan sempena Ops Hari Raya Aidiladha dan Ops Gawai Dayak 2026 bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan. Foto JPJ Sarawak

“JPJ Sarawak akan mempergiatkan pemantauan serta penguatkuasaan di beberapa lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan selain laluan utama di seluruh negeri ini,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat sebelum memulakan perjalanan selain memperlahankan kenderaan di kawasan perumahan, kampung, persimpangan dan kawasan pusingan ‘P’.

Pengguna jalan raya juga diingatkan supaya tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu, mengelakkan pemanduan ketika letih atau mengantuk serta sentiasa memakai tali pinggang keledar dan topi keledar.

JPJ Sarawak turut menyeru semua pengguna jalan raya agar mengamalkan sikap bertanggungjawab dan berhemah ketika memandu demi keselamatan diri, keluarga serta pengguna jalan raya lain.

Menurut kenyataan itu lagi, pemanduan berhemah bukan sahaja mampu menyelamatkan nyawa malah memastikan semua dapat pergi dan pulang dengan selamat sepanjang musim perayaan.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Hutan bukan lagi sekadar sumber balak, kini jana ekonomi karbon dan teknologi hijau
Next: Kanowit lokasi pertama Kenduri Rakyat MADANI sempena Pra-Gawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.