Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • OPR: BNM dijangka kekal paras semasa 2.75 peratus Julai ini, kekang inflasi
  • BISNES

OPR: BNM dijangka kekal paras semasa 2.75 peratus Julai ini, kekang inflasi

Utusan Sarawak 2 hours ago
BANK Negara Malaysia (BNM).

KUALA LUMPUR: BMI menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dalam mesyuarat 9 Julai ini susulan keputusan sama pada 7 Mei lepas.

Unit penyelidikan Fitch Solutions itu menyatakan, kebimbangan mengenai aspek inflasi tidak begitu ketara denga inflasi keseluruhan naik kepada 1.7 peratus pada Mac daripada 1.4 peratus tahun ke tahun dalam Februari 2026 susulan peningkatan harga bahan api tanpa subsidi.

“Namun, kadar inflasi kekal pada paras sasaran kerajaan iaitu purata dalam julat 1.5 peratus hingga 2.5 peratus serta purata jangka panjang sebanyak 2.0 peratus,” menurut BMI dalam nota penyelidikannya.

Pada masa sama, BMI juga yakin BNM akan mengekalkan OPR pada 2.75 untuk tempoh berbaki bagi 2026.

“Walaupun BNM mengakui bahawa kenaikan harga komoditi global berkemungkinan meningkatkan inflasi, bank pusat itu terus mengulangi jangkaannya bahawa kesan itu kekal terkawal memandangkan langkah subsidi berterusan dapat membantu dari segi mengekang tekanan harga.

“Kami juga berpendirian sama dan telah mengekalkan unjuran inflasi kami pada purata 1.9 peratus bagi 2026,” menurutnya.

Mengulas prestasi eksport, BMI menyifatkan sektor luaran kekal berdaya tahan dengan data-data semasa menunjukkan peningkatan eksport sebanyak 12.7 peratus tahun ke tahun dalam suku pertama 2026 dengan sebahagian besarnya disokong oleh perkembangan berkaitan kecerdasan buatan (AI).

“Melangkah seterusnya, kami menjangkakan lebihan dagangan terus kukuh berikutan kitaran peningkatan semikonduktor ketika ini memaparkan petunjuk kecil dari segi penyederhanaan.

“Ini menunjukkan eksport elektronik dan produk elektrik yang kekal terikat dengan (prestasi) jualan semikonduktor, dapat membantu meningkatkan kedudukan perdagangan Malaysia,” katanya. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak kekal utuh depani ketidaktentuan global – TYT

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.