Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Operator kilang didakwa tumbuk dada, pukul bapa mentua hingga maut
  • JENAYAH

Operator kilang didakwa tumbuk dada, pukul bapa mentua hingga maut

Utusan Sarawak 2 days ago
SEORANG operator kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menumbuk dan memukul bapa mentuanya sehingga maut, akhir bulan lepas. V. Karthiy, 32, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya. Tiada rekod pengakuan daripada lelaki terbabit kerana kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. FOTO BERNAMA

SEREMBAN: Seorang operator kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menumbuk dan memukul bapa mentuanya sehingga maut, akhir bulan lepas.

V. Karthiy, 32, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Tiada rekod pengakuan daripada lelaki terbabit kerana kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Karthiy didakwa menumbuk dada P. Sasi Kumar, 52, secara bertubi-tubi dan memukul sehingga menyebabkan kematian mangsa pada 2.30 petang, 27 April di Taman Rahang, di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur’ Aqilah Syarfa Nik Zaidi manakala peguam AR Thamayanthy mewakili lekaki itu.

Hakim Hazeelia Muhammad kemudiannya menetapkan sebutan semula kes pada 18 Jun depan untuk serahan laporan perubatan dan laporan kimia. — Bernama

Continue Reading

Previous: Polis Marudi tumpas dua pengedar, rampas syabu bernilai RM6,600 di Long Lama
Next: Dua lelaki didakwa edar hampir 600kg dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.