Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi SAR lelaki hilang di Sungai Baram ditamatkan selepas lapan hari
  • Utara
  • WILAYAH

Operasi SAR lelaki hilang di Sungai Baram ditamatkan selepas lapan hari

Utusan Sarawak 7 hours ago
DITAMATKAN…Pencarian hari kelapan melibatkan pasukan penyelamat, Unit K9 dan penduduk kampung di Sungai Baram sebelum operasi SAR Maxwell Laing Michael, 37, ditamatkan secara rasmi petang tadi selepas mangsa gagal ditemui.

MIRI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dilaporkan tenggelam ketika mandi di Sungai Baram, Kampung Long Miri, ditamatkan hari ini selepas lapan hari pencarian tanpa sebarang petunjuk baharu.

Mangsa, Maxwell Laing Michael, 37, dilaporkan hilang sejak 6 Jun lalu selepas berenang ke tengah sungai sebelum mengalami kesukaran dan tenggelam di hadapan isteri, anak serta kira-kira 15 penduduk kampung yang berada di lokasi kejadian.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, operasi hari kelapan dimulakan pada 8.00 pagi dengan sesi taklimat melibatkan pasukan penyelamat dan agensi berkaitan sebelum pencarian diteruskan.

DITAMATKAN…Pencarian hari kelapan melibatkan pasukan penyelamat, Unit K9 dan penduduk kampung di Sungai Baram sebelum operasi SAR Maxwell Laing Michael, 37, ditamatkan secara rasmi petang tadi selepas mangsa gagal ditemui.

Katanya, operasi pencarian dijalankan menggunakan empat perahu bersama penduduk kampung serta Unit K9 di sepanjang Sungai Baram.

“Pasukan K9 yang menggunakan anjing pengesan AP Bella turut menjalankan pengesanan di kawasan Lubuk Kem Sambas, kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa dipercayai tenggelam selepas anjing tersebut menunjukkan tindak balas terhadap satu bau di kawasan berkenaan.

“Operasi pencarian diteruskan di sepanjang Sungai Baram dengan radius pencarian sejauh 13 kilometer ke hilir dari lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, keadaan arus sungai yang deras, paras air yang meningkat serta kehadiran kayu hanyut dari kawasan hulu sungai menyukarkan usaha pencarian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 5.00 petang, Ketua Polis Daerah Marudi mengumumkan penamatan rasmi operasi SAR selepas perbincangan bersama semua agensi yang terlibat.

Sehingga operasi ditamatkan, mangsa masih belum ditemui dan tiada sebarang petunjuk baharu berjaya dikesan.

Operasi SAR itu melibatkan anggota JBPM Marudi, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Unit K9 serta penduduk Kampung Long Miri.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: 717 peserta sertai Larian Anti Penyalahgunaan Dadah BPHB 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.