Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Operasi sanitasi SK Bandar Bintangor
  • TEMPATAN

Operasi sanitasi SK Bandar Bintangor

Utusan Sarawak 5 years ago
OPERASI sanitasi dijalankan di SK Bandar Bintangor petang kelmarin.

BINTANGOR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintangor telah menjalankan operasi sanitasi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, PPgB Nicholas Belulin berkata, operasi sanitasi tersebut melibatkan kawasan berkeluasan 9800 meter persegi (m2).

“Operasi sanitasi bermula pada jam 2.20 petang kelmarin dengan seramai tujuh anggota bomba diketuai oleh PBK II Adam Gauk menjalankan operasi sanitasi tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan.

Jelasnya, turut berada di lokasi semasa operasi sanitasi dijalankan ialah lapan kakitangan sekolah termasuk guru besar dan sembilan orang pekerja pembersihan di sekolah.

“Selain menjalankan operasi, pasukan bomba turut memberi tunjuk ajar mengenai tatacara operasi sanitasi dan bahan serta kaedah campuran yang digunakan.

“Kerja Menghapus Bahaya Kebakaran (MBK) turut dijalankan di sekolah tersebut,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: Wakil rakyat bersiap siaga hadapi pilihan raya
Next: Bantu graduan aktif dalam pertanian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.