Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Operasi Lapangan Terbang Labuan tergendala susulan penemuan bom lama
  • SEMASA

Operasi Lapangan Terbang Labuan tergendala susulan penemuan bom lama

Utusan Sarawak 10 hours ago
GAMBAR hiasan.

LABUAN: Operasi di Lapangan Terbang Labuan terjejas hari ini susulan penemuan sebutir bom lama kira-kira 200 meter dari landasan di kawasan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhampiran Kerupang.

Bom dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua itu ditemukan pada 3.45 petang dan sebelum ini, beberapa bom lama turut ditemukan di lokasi sama pada 26 Jun lepas.

Ketua Polis Labuan Superintenden Wan Mohd Firdaus Wan Zaki berkata kerja-kerja mengalihkan bom berkenaan untuk tujuan pemusnahan sedang dijalankan oleh pihak polis dengan kerjasama anggota TUDM.

“Orang ramai dinasihatkan supaya bertenang kerana keadaan semasa adalah terkawal dan pasukan pemusnah bom sedang menjalankan proses mengalihkan bahan letupan itu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai juga diingatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sah atau palsu yang boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, penemuan bahan letupan tersebut menyebabkan beberapa penerbangan ke Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Miri mengalami kelewatan manakala penerbangan dari Kuala Lumpur ke Labuan dilencongkan ke Miri.

Operasi lapangan terbang dijangka pulih selepas 8.00 malam sebaik sahaja kawasan itu disahkan selamat oleh pihak berkuasa. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: SPRM sokong usaha Sarawak perkukuh agenda integriti, antirasuah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.