Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Operasi helikopter Hornbill Skyways  hantar bantuan pada hari kedua
  • SEMASA

Operasi helikopter Hornbill Skyways  hantar bantuan pada hari kedua

Utusan Sarawak 3 months ago

Helikopter Airbus EC135 milik Hornbill Skyways dengan pelepasan dilakukan dari hangar Hornbill Skyways Sdn Bhd, Lapangan Terbang Miri. Foto UKAS

MIRI: Misi kemanusiaan penghantaran bantuan bekalan makanan melalui udara kepada mangsa terputus hubungan akibat jalan runtuh di pedalaman Miri diteruskan untuk hari kedua hari ini.

Operasi ini melibatkan penggunaan helikopter Airbus EC135 milik Hornbill Skyways dengan pelepasan dilakukan dari hangar Hornbill Skyways Sdn Bhd, Lapangan Terbang Miri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dato Dennis Ngau, yang menyaksikan misi tersebut berkata, penggunaan helikopter amat diperlukan susulan keadaan jalan runtuh di kawasan Ulu Tinjar, Daerah Beluru, yang menyukarkan penduduk keluar mendapatkan bekalan makanan dan keperluan harian.

“Hari ini, misi tertumpu kepada penempatan Apau Nyaring dan Long Kerong di Ulu Tinjar, yang merupakan kawasan masyarakat Penan. 

“Sebanyak 300kg atau 26 set bekalan makanan dihantar pada setiap trip helikopter sehingga selesai,” katanya semasa ditemui pemberita di sini hari ini.

Semalam, penghantaran bekalan makanan kepada masyarakat Penan di Long Liaw telah berjaya disempurnakan.

Turut hadir menyaksikan misi ini ialah Residen Bahagian Miri Galong Luang dan Pegawai Daerah Beluru Charles Aloysius Lisu serta beberapa tetamu lain. – Edisi UKAS

Continue Reading

Previous: Program kemasyarakatan dedah generasi baharu kepada agenda kerajaan
Next: KPM perlu beri dana lebih besar untuk aktiviti ko-kurikulum di Sarawak, Sabah – Ahmad Johnie

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.