Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi feri diteruskan hingga 12.00 tengah malam sempena Aidilfitri
  • Utara
  • WILAYAH

Operasi feri diteruskan hingga 12.00 tengah malam sempena Aidilfitri

Utusan Sarawak 2 months ago
OPERASI DILANJUTKAN… Feri menyeberangi Kuala Lawas akan dilanjutkan tempoh operasi hingga 12.00 tengah malam bermula 25 Mac hingga 6 April depan.

LAWAS: Perkhidmatan feri menyeberangi Kuala Lawas akan meneruskan operasinya hingga 12.00 tengah malam bermula 25 Mac ini hingga 6 April depan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya (JKR) Limbang, Ir. Ts Mahathir Jokeni, pelanjutan masa operasi itu bertujuan memudahkan pergerakan orang awam menjelang dan selepas Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Masa operasi asal feri tersebut adalah bermula dari 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

Perkhidmatan ini adalah untuk memudahkan perjalanan penduduk di Kuala Lawas menuju ke bandar Lawas dan sebaliknya tanpa melalui perjalanan jauh, iaitu melalui Jalan Lawas-Merapok.

Kemudahan lanjutan tempoh operasi ini juga sering dilakukan setiap musim perayaan dan ketika berlangsungnya pelbagai program rasmi di Kuala Lawas.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Minta bantuan bomba untuk ke hospital
Next: Kerajaan Persekutuan digesa bantu kerja pengorekan Sungai Batang Rajang, Batang Igan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.