Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Operasi cari mangsa hilang diteruskan
  • NASIONAL

Operasi cari mangsa hilang diteruskan

Utusan Sarawak 4 years ago

YAN, 19 Ogos -- Anggota Pasukan Penyelamat tiba sejak awal pagi tadi dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai masih hilang dalam kejadian banjir akibat fenomena kepala air di kawasan Titi Hayun, Yan petang semalam. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

OPERASI… Anggota Pasukan Penyelamat tiba sejak awal pagi semalam dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai masih hilang dalam kejadian banjir akibat fenomena kepala air di kawasan Titi Hayun, Yan petang kelmarin. • Foto BERNAMA

ALOR SETAR: Operasi mencari dan menyelamat tiga mangsa yang dipercayai masih hilang dalam kejadian banjir akibat fenomena kepala air di kawasan Titi Hayun, Yan petang semalam, diteruskan pada 8.30 pagi semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, tiga mangsa yang belum dikenal pasti identiti itu merupakan antara 22 penduduk di kawasan berkenaan yang terjejas akibat bencana itu.

“Kejadian di Titi Hayun ini melibatkan 22 mangsa iaitu 16 mangsa selamat, dua lagi meninggal dunia, seorang cedera parah manakala tiga lagi masih belum dijumpai,” katanya, ketika dihubungi Bernama semalam.

Mohamadul Ehsan berkata, seramai 30 anggota dan pegawai bomba terlibat dalam operasi itu selain turut dibantu pasukan keselamatan lain antaranya polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.17 petang kelmarin mengenai kejadian banjir di kawasan Titi Hayun itu dan operasi mencari dan menyelamat segera digerakkan sebaik tiba di lokasi 11 minit kemudian.

Selain itu katanya, pihak bomba juga meneruskan operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa yang dikhuatiri hilang dalam kejadian sama di Salak Denai iaitu kawasan sekitar Batu Hampar, Yan dengan melibatkan kekuatan 20 anggota bomba.

Sementara itu, Mohamadul Ehsan berkata, seramai 19 kakitangan The Jerai Hill Resort yang terperangkap di puncak Gunung Jerai masih tidak dapat dibawa turun berikutan laluan terhalang akibat tanah runtuh.

— Bernama

Continue Reading

Previous: SOKONGAN PN BERSYARAT
Next: Perkongsian detik terperangkap arus deras

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.