Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ongkili bercuti, Joachim pemangku presiden bermula 1 Jun depan
  • NASIONAL

Ongkili bercuti, Joachim pemangku presiden bermula 1 Jun depan

Utusan Sarawak 1 year ago
DATUK Seri Dr Maximus Ongkili

KOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan mula bercuti daripada memegang jawatan tertinggi parti itu bermula 1 Jun.

Setiausaha Agung PBS Datuk Julita Majungki berkata pada tempoh tersebut, Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Joachim Gunasalam akan meneraju parti sebagai pemangku presiden.

“Dengan Joachim yang merupakan timbalan presiden bagi kuota Bumiputera bukan Islam parti itu menjadi pemangku presiden, Ketua Penerangan Datuk Joniston Bangkuai akan melaksanakan tanggungjawab tambahan sebagai pemangku timbalan presiden,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

DATUK Seri Dr Joachim Gunasalam

Julita berkata langkah itu menunjukkan komitmen parti untuk memastikan kesinambungan dan penyesuaian dalam struktur kepimpinannya, yang menjaga kepentingan parti dan ahlinya.

Pada Jun 2022, Ongkili telah menetapkan tempoh masa untuk mengenal pasti penggantinya sebagai presiden parti dan menyatakan bahawa peralihan kepimpinan boleh berlaku sebelum atau semasa kongres parti itu akan datang.

PBS merupakan sebahagian daripada Gabungan Rakyat Sabah yang membentuk kerajaan negeri, dengan Joachim sebagai Timbalan Ketua Menteri II Sabah.

Parti itu mempunyai tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah. – Bernama

Continue Reading

Previous: Sistem e-Sepakat kesan 47 isu berkaitan 3R suku pertama 2024
Next: OKU gigih usahakan perniagaan santan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.