Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ombak tinggi sehingga empat meter diramal di selatan Bali
  • GLOBAL

Ombak tinggi sehingga empat meter diramal di selatan Bali

Utusan Sarawak 2 hours ago
OMBAK di pesisir Yeh Malet, Kabupaten Karangasem, Bali.

JAKARTA: Ombak laut sehingga empat meter diramal melanda perairan selatan Bali dan bahagian selatan Selat Lombok dari 9 hingga 12 Mei, menurut agensi cuaca Indonesia, hari ini.

Balai Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BBMKG) turut meramalkan ombak di bahagian utara Selat Lombok, bahagian selatan Selat Bali, Selat Badung dan perairan utara Bali boleh mencapai ketinggian sehingga 2.5 meter.

“Keadaan tersebut dipengaruhi oleh corak cuaca sinoptik dengan angin di perairan utara dan selatan Bali bertiup dari timur laut ke tenggara pada kelajuan sehingga 25 knot, atau kira-kira 46 kilometer sejam,” kata pegawai Pusat BBMKG Wilayah III Luh Nyoman, menurut Agensi Berita Antara.

Beliau menggesa orang awam dan operator maritim supaya terus berwaspada memandangkan keadaan cuaca sedemikian boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan perkapalan, terutamanya bagi feri, tongkang dan bot nelayan yang beroperasi di perairan yang terjejas.

–Bernama  

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Letusan gunung berapi Dukono ragut tiga pendaki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.