Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ombak besar, ribut landa ibu negara New Zealand
  • GLOBAL

Ombak besar, ribut landa ibu negara New Zealand

Utusan Sarawak 2 hours ago
LAUT bergelora membadai pesisir pantai di pinggir bandar Owhiro Bay dan Island Bay, Wellington pada 9 Jun 2026. Ratusan penduduk terpaksa dipindahkan dari rumah mereka di kawasan tepi pantai di ibu negara New Zealand itu selepas ombak setinggi 11 meter membadai pantai selatan bandar berkenaan. Foto AFP

WELLINGTON: Ombak setinggi 11 meter dan angin kencang membadai ibu negara New Zealand pada Selasa, lapor Xinhua.

Penduduk di sepanjang pantai selatan Wellington diarahkan berpindah dan situasi itu menjejaskan perkhidmatan pengangkutan.

Pihak berkuasa mengarahkan penduduk meninggalkan kawasan pantai di Teluk Owhiro, Island Bay, Houghton Bay dan Breaker Bay, memberi amaran bahawa perkhidmatan kecemasan tidak akan bertindak balas di zon berkenaan.

Ratusan penduduk mematuhi arahan apabila keadaan semakin teruk.

Menurut Pejabat Pengurusan Kecemasan Wilayah Wellington, ombak membadai jalan pantai, manakala tiupan angin hampir 100 kilometer sejam (km/j) direkodkan di Lapangan Terbang Wellington.

Di wilayah Wairarapa, angin mencecah kelajuan 137 km/j berserta ombak besar.

Penerbangan masuk dan keluar dari Wellington terganggu, dengan beberapa pembatalan dilaporkan dan sebuah pesawat kecil dilayangkan angin.

Perkhidmatan feri Selat Cook yang dikendalikan oleh Interislander dan Bluebridge juga digantung.

MetService berkata ketinggian purata ombak adalah sekitar enam meter namun puncak ombak mencecah ketinggian hampir dua kali ganda.

Cuaca buruk dijangka berterusan hingga tengah hari Selasa sebelum reda lewat hari itu, sementara arahan pemindahan kekal hingga pagi Rabu.

Penutupan jalan raya dikuatkuasakan di sepanjang sebahagian besar pantai selatan dan pihak berkuasa menggesa orang ramai menjauhi kawasan pantai yang terdedah.

Pegawai berkata pukulan ombak dalam tempoh yang lama itu boleh menyebabkan kerosakan pantai yang ketara, lebih teruk daripada kesan yang dilihat semasa ribut pada 2020 dengan ombak setinggi 5.5 meter yang menyebabkan pemindahan besar-besaran. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Gempa bumi Mindanao: Keselamatan pelajar diutamakan sebelum sesi persekolahan disambung semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.